Follow Duta_Lara on Twitter

Pesanan Dari beta

Pesanan dari Sang Puteri : Selami ceritanya "Rintihan Kasih Terlara ", fahami isi kandungannya.. kalau dalamnya tidak terkandung apa apa itu bukan salahku.. salahmu sendiri yang tak boleh menyatukan khayalmu dengan khayalku.. Jalan cerita dan semua lirik serta lagu yang ada dalam dunia ini tidak ada yg buruk ..yang buruk adalah perasaanmu yang selalu menghakimi tanpa memberi contoh... Tak salah aku menyumbangkan karya seni ku pada dunia... Aku masih mahu menyumbangkan lagu lagu dan roh roh yang ada dalam lagu serta menceritakan cerita cerita cinta yang diperankan oleh watak watak seni dalaman..kerna itu adalah tugasku sebagai org seni.. dan tugasmu hanya memuji dan mencela.. maka lakukanlahh...

Dunia menjadi indah kerana lahirnya aku dan juga org seperti kau.. Semuanya sudah diberikan watak dan peranan masing masing ..Kita hanya menunggu sang pencipta menghentikan babak babak ini...

Jalan cerita ini tiada kaitan dengan saya, Mahupun anda yang masih hidup atau pun yang telah meninggalkan dunia.. tetapi mungkin serba sedikit tu adalah kot tersangkut paut.. namun begitu jalan cerita ini di garap semula oleh saya hanya untuk menyedapkan lagi jalan cerita... ada yg di olah dan diubah semula oleh saya mengikut kesesuaian dan susunan kata kata..Kalau ada yang sama mungkin itu adalah kebetulan.. ada ke yang sama? heheh.. saya murid baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. saya bukan penulis terhebat dan saya tak ingin pun menjadi terkenal.. saya cuma ingin berkongsi bakat penulisan yang saya ada.. dah baca harap komen la sikit.!~ Setiap hari saya akan pantau viewers saya, tapi tu la sehari demi sehari bertambah.. tapi semua baca je .. jd pembaca dlm senyap ...hehe komen la sikit.. at least saya boleh tersenyum bila baca komen kamu tu (^_^)...


Sinopsis..

S inopsis…..

Ianya mengisah kan tentang tragis nyer sebuah kehidupan seorang anak gadis yatim dan pergolakan dalam percintaannya dimana cintanya yang tulus telah dikhianati, di nodai, di tipu, kejamnya dunia terhadap dia. Cinta dan Kehidupannya seolah olah diperkotak katikkan oleh takdir.. Cinta yg banyak menimbulkan kontroversi, melibatkan dua buah negara iaitu Singapura dan Malaysia. Lara merupakan anak kedua dari tujuh orang adik beradik. Lara mengalami tekanan jiwa & perasaan. Semenjak kematian arwah ayahandanya, Hari hari yang di laluinya terasa gelap, dia merasakan bahawa dia sudah tiada tempat untuk bergantung lagi, dia menderita dan merana namun hatinya begitu tabah menerima Allah tetap yang utama padanya, ibunya, adik adiknya pendorong kekuatannya agar terus hidup dan bertapak demi amanat arwah ayahandanya yang di pegang selama hayatnya.

Walau berulang kali hatinya disakiti dia tetap menerima lelaki yg pernah menyakiti hatinya itu utk kedua dan ketiga kalinya.. dia seorang yang sangat penyabar dan sangat pemaaf, hatinya begitu lembut sehinggakan sering kali di khianati, dia hanya mampu menitiskan air mata, akhirnya dia temui jalan penyudah, dengan menerima kenyataan bahawa dunia hanya sementara dan dia harus sedar sepatutnya dia menikmati alam dunia ini dengan cara yang paling indah.. dia menolak semua cinta yang lepas dan memulakan detik perjalanan yang baru bersama lelaki yang kini memberi sinar kehidupan yang baru bersamanya.. pada lelaki itulah dia berharap dan lelaki itu lah tempat dia mengadu nasib. Namun.... dia masih fobia dengan yg namanya cinta, adakah bahagia masih ada dihujung penantian yang sudah hampir sampai ke garisan penamat riwayat nya..

Lara mendekatkan dirinya pada tuhan, dengan berdoa dan bersujud pada-NYA dia merasa lebih tenang. coretan kehidupannya di tulis pada sebuah buku, dia menanam impian untuk menerbitkan buku itu dan dijadikan sebagai sebuah buku novel. Pada buku itulah dia meluahkan segala isi hati yg terpendam. Setelah lama memendam rasa, Lara jatuh sakit kerana terlalu banyak menangis dan menahan derita dalaman, Dia redha andai dia ditakdirkan harus pergi.....tetapi adakah dia terus hidup ..atau dia putus asa dengan takdirnya?? Bagaimana dengan Lara? Berjayakah Lara mengharungi hidupnya? bagaimana pula dengan novel hasil tulisannya? berjayakah hasil karyanya di pasarkan? ikuti episod seterusnya dalam RINTIHAN KASIH TERLARA.

Panglima Tersohor

Panglima Tersohor

Rakyat Jelata

Rakyat jelata yg ada dlm Negeri Jajahan Beta

Tuesday, March 15, 2011

Bab 4, Rintihan Kasih Terlara

Sinar lembut matahari memancarkan cahaya memasuki celah-celah tingkap. Samar-samarcahaya itu memberi satu ruang hidup yang baru selepas hari semalam. Permulaankehidupan untuk hari ini bagi membaiki kesilapan lalu dan meneruskan perjalanan hidup yang belum pasti ini. Semuanya bermula di sini. Pencarian sebuah perjalanan yang dipenghujungnya menuju titik pengakhiran. Perjuangan yang tidak pernah berakhir selagi kaki memijak kenyataan dan tangan menggenggam segunung harapan.

“ Apa yang awak menungkan tu? ” Tegur Kak Arda.

“ Tak ada apalah akak. Cuma ingatkan kampung aje, ” balas Lara ringkas.

“ Biasalah dik, akak dulu pun pernah jadi macam adik. Maklumlah tak pernah berpisah dengan keluarga. Lara tak payah la risau, nanti lama-lama biasalah tu. ”

Aku tidak tahu mengapa begitu pilu hati ini. Sudah agak lama aku menetap di sini, tetapi aku rasakan setiap saat itu terlalu lama bagiku. Dari jauh aku datang kerana dulu hancur nya dan remuknya hati di permainkan lelaki kini terjadi lagi . Aku mahu jadi seorang yang berbudi untuk bangsaku. Aku mahu mencurahkan baktiku untuk bumi bertuah ini. Aku mahu menjadi sesiapa sahaja yang boleh membahagiakan orang lain. Aku Mahu lari dari rasa sakitnya hatiku kerana dek perpisahan cinta pertama, Tapi... duduk di bandar metropolitan ini lagi banyak rasa sakit nya hati, berbanding dahulu. kini barulah ku tahu langit itu tinggi rendah, duduk berjauhan dengan family sungguh mencabar, dugaan demi dugaan hidup aku lalui berseorangan.

“ Entahlah kak. Hati ini rasa kosong bila berjauhan dengan keluarga. Selama ini saya tak pernah berenggang dengan mak dan ayah sejauh ni, akak. ” Luah aku sambil menyembunyikan kesedihan ini.

Aku menahan sebak yang semakin memuncak ini. Wajah Mak, Ayah dan adik-adik terus terbayang didalam benakku. Wajah adikku yang selama ini menjadi teman setiaku di kala sunyi berselang-seli muncul bersama raut wajah insan yang tidak pernah lupa iaitu mak dan ayah. Tanpa mereka aku tiada di dunia ni. Aku adalah harapan mereka.

"Hari-hari minggu macam ni tak payah lah awak nak sedih duk teringatkan kat kampung tu, nanti diaorang tau awak duk sedih mcm ni.. lagi diaorang sedih.. cuba awak tgk kak arda...hehe..sedih2 tgk tv, sedih2 tgk apa yang boleh di masak kat dapur, tak pun awak pergi la keluar jalan2 dengan Aida ke.." panjang celoteh kak arda.

Aida ? bisik hati ku.. ye tak ye jugak..best juga kalau habiskan masa dengan si Aida tu, kaki rayap tp seronok berkawan dengan dia, tak pernah jemu gelak, seakan akan terngiang ngiang di telinga gelak dan tawanya gadis periang yg berasal dari perak tu.

Petang tu aku cuba keluar bersiar-siar bersama aida. Kami window shopping aje. Maklumla duduk berjauhan dengan family ni kena belajar berjimat cermat sedikit. Tapi keinginan dan selera untuk makan tinggi. Sambil kami berjalan-jalan cuci mata di sekitar One Utama, Damansara. Selesai berjalan dan Tawaf satu Mall langkah kami terhenti di depan sebuah Restoran Terkemuka.

"Hey kau ni macam ada masalah je Lara?". tegur si aida.

"urm takde la aku ok".

"Kau ni chill la.. takmau fikir-fikir ok.. jom kita cari makan. aku tau kau lapar".

"Tapi aida .. aku.. " ayat Lara terhenti di situ.

"Argh takde tapi- tapi jom la Lara, aku tau kau lapar hehe".

"Kau nak makan kt sini x Lara ?" Tanya si Aida.

"Tak mau la tempat mahal-mahal ni Aida.. kita kena jimat nak hujung bulan ni..".

"Alah .. Sekali Sekala Lara.. bukan selalu..". Aida Menjengilkan mukanya. keningnya di naik naikkan.

"Ada Pakwe handsome tu.. Jom la Lara". Tangannya memaut tangan aku.

"Ok lah hurmm..ada pakwe handsome pun bukan dapat.. handsome-handsome ni kasanova tau tak?". Lara menjawab Sambil mengeluh kumat kamit mulutnya membebel.

" Yalah... yalah .. Alah.. kita duduk makan je." Senyum aje si Aida.

Mereka berdua melabuhkan punggung dan kaki yang penat berjalan dari tadi tawaf satu mall.

Lara terbayangkan wajah Zakaria, Mata yg menggoda itu pernah menatap wajahnya dulu. Lara paling tidak dapat melupakan mata itu. Suara manja Zakaria terngiang ngiang di terlinganya. Sukar untuk di gambarkan betapa rindunya dia pada jejaka itu .

Bagaimana dia mahu melupakan segala-galanya?.

Telefon Bimbitnya tiba tiba berbunyi. Dia segera mencapainya. tertera nama Bonda.

Bonda?. Desis hatinya.

"Assalamualaikum, Helo, Kau kat mana ni?" Bonda

"Waalaikumsalam, Akak dekat One Utama tgh keluar makan dgn Aida". Rindu rasanya dengan suara bonda, kalaulah Bonda dekat mahu saja dia memeluk bondanya seerat yang mungkin.

"Duit ada lagi?". Tanya Bonda kepada Lara.

"Err.. Masih ada kenapa?". Lara pura pura bertanya, dia tidak mahu ibundanya risau akan dirinya

"Jimat jimat pakai duit". Pesan Bondanya.

"OK". di jawab dengan nada bersahaja.

"K..Jaga diri kat sana..apa apa call Bonda atau ayahanda".

"Ok." ringkas Lara menjawab.

Bonda memutuskan talian. Bonda tahu anaknya pasti boleh berdikari jawapan "ok" itu sudah cukup menggambarkan bahawa anak sulong perempuannya itu berada dalam keadaan sihat.

Bonda dan ayahanda tidak banyak karenah. Dia tahu anak perempuannya jenis pandai bawa diri walau di campak kemana sekali pun.

"Bonda kau ya?" Soal Aida.

Lara hanya menganggukkan kepala, sambil di tenung Telefon Bimbitnya nya itu lalu tersenyum.

"Anak mak la katakan.. hahahaha ". Ajuk si Aida Mendengki.

"Haish kau ni". Lara mencuit Bahu Aida.

"Ok. Ok. Jom Order Makan"

Petang itu mereka Makan berdua di One Utama, Lara memesan Spagheti Bolognese with cheese, Manakala si Aida Memesan Lasagna Cheese.

mereka berbual, bercerita hal masing masing, Gossip Girl , Biasalah perempuan. Masa di habis kan berdua sehingga lewat malam. Sedar tak sedar esoknya nak kerja lagi. Begitulah mereka selalu sehingga berbulan lamanya. Aida menjadi teman akrab Lara. ibarat kata pepatah "Tanpa Lara siapalah Aida, Tanpa Aida siapalah Lara". Mereka berdua sudah seperti belangkas kemana Mana sahaja mesti berdua. Lama kelamaan mereka menjadi Kawan Rapat. Susah Senang bersama berdua.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...