aku selalu terfikir tentang..keindahan dalam sebuah syair yang indahnya seperti berada didalam sebuah alam fantasi yang penuh dengan imaginasi
Aku mendengarkan teriakan mengatakan bahawa telingamu yg rindu akan alunan suara merdu..
aku selalu terfikir utk mengetuk hatimu dengan penuh penghayatan..
aku selalu terfikir untuk berusaha membuat kau meratap, sendu, pilu,menangis tersedu, terbahak dan tergoncang..
tetapi..
Hari ini aku tak mahu lagi berfikir..
aku ingin membiarkan suaraku,
perasaanku dan imaginasiku bermain sesukanya..
bolehkan kalau hari ini aku tak peduli dengan apa yang kau mahu??
bagaimana kalau kali ini kau pula yg mengikuti permainanku?
permainan ni tak memerlukan dadu atau kad,
cukup kau pakai intuisi dan kepekaan mata hati dan telinga utk mendengarkan melodiku..
aku yakin kita boleh bersama menikmatinya tanpa memikirkan keinginan masing masing.. Maka fahamilah hati ini mengapa ia meronta ronta mengharap cinta. Kerana cinta dia ternoda. Kerana luhurnya dia terpedaya, Kerana jujurnya dia sering ditipu oleh syaitan bertopengkan manusia.
MASIH WUJUDKAN CINTA DI HATINYA?
Masih Adakah kebahagiaan untuk hari esok.
nantikan kisah selanjutnya dalam "RINTIHAN KASIH TERLARA"
No comments:
Post a Comment