Follow Duta_Lara on Twitter

Pesanan Dari beta

Pesanan dari Sang Puteri : Selami ceritanya "Rintihan Kasih Terlara ", fahami isi kandungannya.. kalau dalamnya tidak terkandung apa apa itu bukan salahku.. salahmu sendiri yang tak boleh menyatukan khayalmu dengan khayalku.. Jalan cerita dan semua lirik serta lagu yang ada dalam dunia ini tidak ada yg buruk ..yang buruk adalah perasaanmu yang selalu menghakimi tanpa memberi contoh... Tak salah aku menyumbangkan karya seni ku pada dunia... Aku masih mahu menyumbangkan lagu lagu dan roh roh yang ada dalam lagu serta menceritakan cerita cerita cinta yang diperankan oleh watak watak seni dalaman..kerna itu adalah tugasku sebagai org seni.. dan tugasmu hanya memuji dan mencela.. maka lakukanlahh...

Dunia menjadi indah kerana lahirnya aku dan juga org seperti kau.. Semuanya sudah diberikan watak dan peranan masing masing ..Kita hanya menunggu sang pencipta menghentikan babak babak ini...

Jalan cerita ini tiada kaitan dengan saya, Mahupun anda yang masih hidup atau pun yang telah meninggalkan dunia.. tetapi mungkin serba sedikit tu adalah kot tersangkut paut.. namun begitu jalan cerita ini di garap semula oleh saya hanya untuk menyedapkan lagi jalan cerita... ada yg di olah dan diubah semula oleh saya mengikut kesesuaian dan susunan kata kata..Kalau ada yang sama mungkin itu adalah kebetulan.. ada ke yang sama? heheh.. saya murid baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. saya bukan penulis terhebat dan saya tak ingin pun menjadi terkenal.. saya cuma ingin berkongsi bakat penulisan yang saya ada.. dah baca harap komen la sikit.!~ Setiap hari saya akan pantau viewers saya, tapi tu la sehari demi sehari bertambah.. tapi semua baca je .. jd pembaca dlm senyap ...hehe komen la sikit.. at least saya boleh tersenyum bila baca komen kamu tu (^_^)...


Sinopsis..

S inopsis…..

Ianya mengisah kan tentang tragis nyer sebuah kehidupan seorang anak gadis yatim dan pergolakan dalam percintaannya dimana cintanya yang tulus telah dikhianati, di nodai, di tipu, kejamnya dunia terhadap dia. Cinta dan Kehidupannya seolah olah diperkotak katikkan oleh takdir.. Cinta yg banyak menimbulkan kontroversi, melibatkan dua buah negara iaitu Singapura dan Malaysia. Lara merupakan anak kedua dari tujuh orang adik beradik. Lara mengalami tekanan jiwa & perasaan. Semenjak kematian arwah ayahandanya, Hari hari yang di laluinya terasa gelap, dia merasakan bahawa dia sudah tiada tempat untuk bergantung lagi, dia menderita dan merana namun hatinya begitu tabah menerima Allah tetap yang utama padanya, ibunya, adik adiknya pendorong kekuatannya agar terus hidup dan bertapak demi amanat arwah ayahandanya yang di pegang selama hayatnya.

Walau berulang kali hatinya disakiti dia tetap menerima lelaki yg pernah menyakiti hatinya itu utk kedua dan ketiga kalinya.. dia seorang yang sangat penyabar dan sangat pemaaf, hatinya begitu lembut sehinggakan sering kali di khianati, dia hanya mampu menitiskan air mata, akhirnya dia temui jalan penyudah, dengan menerima kenyataan bahawa dunia hanya sementara dan dia harus sedar sepatutnya dia menikmati alam dunia ini dengan cara yang paling indah.. dia menolak semua cinta yang lepas dan memulakan detik perjalanan yang baru bersama lelaki yang kini memberi sinar kehidupan yang baru bersamanya.. pada lelaki itulah dia berharap dan lelaki itu lah tempat dia mengadu nasib. Namun.... dia masih fobia dengan yg namanya cinta, adakah bahagia masih ada dihujung penantian yang sudah hampir sampai ke garisan penamat riwayat nya..

Lara mendekatkan dirinya pada tuhan, dengan berdoa dan bersujud pada-NYA dia merasa lebih tenang. coretan kehidupannya di tulis pada sebuah buku, dia menanam impian untuk menerbitkan buku itu dan dijadikan sebagai sebuah buku novel. Pada buku itulah dia meluahkan segala isi hati yg terpendam. Setelah lama memendam rasa, Lara jatuh sakit kerana terlalu banyak menangis dan menahan derita dalaman, Dia redha andai dia ditakdirkan harus pergi.....tetapi adakah dia terus hidup ..atau dia putus asa dengan takdirnya?? Bagaimana dengan Lara? Berjayakah Lara mengharungi hidupnya? bagaimana pula dengan novel hasil tulisannya? berjayakah hasil karyanya di pasarkan? ikuti episod seterusnya dalam RINTIHAN KASIH TERLARA.

Panglima Tersohor

Panglima Tersohor

Rakyat Jelata

Rakyat jelata yg ada dlm Negeri Jajahan Beta

Friday, March 11, 2011

Bab 3, Rintihan Kasih Terlara

Apartment Pelangi, Damansara:

"Assalamualaikum?!". Kedengaran pintu rumah dibuka.

"Waalaikumsalam. eh.. Kak Arda baru balik kerja ke? lewatnya OT ke?..." Lara menoleh ke arah pintu.

"Tak la.. akak balik kerja da lama..urm petang tadi.. ni kak arda singgah tesco beli barang dapur sekali". Sambil mengendong barang-barang ke dapur.

Lara meneruskan menonton TV, di tekan-tekannya remote control astro itu, balik-balik Af, bosan pulak hari-hari tengok Af, bisik hatinya.

“Lara, awak tak jumpa abang awak?”

Kak Arda berjalan ke ruang tamu sambil menegur Lara yang sedang menonton tv di ruang tamu.

“Ermm.. mungkin malam ni kak , nasib baik kak Arda ingatkan.. kami nak balik JB hujung minggu ni.” Tv di tutup dia nak bersiap-siap untuk menemui abangnya di taman keramat AU3 Kuala Lumpur.

"Habis tak siap lagi?".

"Ha'ah ni nak pergi la ni. hehe.. lupa pulak.. Syok tengok Diari Af tadi". Lara berjalan ke arah biliknya.

Kak Arda merupakan teman serumah Lara yang juga bekerja di bawah satu bumbung, satu syarikat dengan Lara tetapi Kak Arda telah ditugaskan dibahagian berita sebagai secretary, berumur lingkungan 30 tahun usianya, agak comel orangnya, berkulit putih gebu, peramah dan boleh menjadi tokoh seorang kakak yang sangat baik, manakala seorang lagi rakan serumah Lara bekerja di Astro sebagai Editor yang mesra dengan panggilan kak Ita agak berumur sedikit dalam lingkungan awal 30-an juga tetapi masih maintain meletop!.Vogue gitu.

Kadang kala Lara seperti tidak percaya dan tidak pernah membayangkan yang dia akan berkerja di salah sebuah stesyen televisyen Malaysia yang agak popular milik Dato’ Faridzudin itu. Namun begitu dia tidak kisah akan gaji pokoknya yang hanya RM1200 Sebulan. Dia masih boleh berdikari, dengan memiliki kereta yang dibayarnya setiap bulan hanya RM 350.00, Dia seorang yang mudah mesra dan peramah.

Lara agak popular juga dikalangan rakan-rakan tempat kerja kerana selain keperamahannya dia memiliki bakat dalam bidang seni suara, dia juga sering dipanggil utk mengadakan persembahan di perkarangan depan bangunan tempat dia bekerja, bersama-sama dengan group band di Enam event milik syarikat berkenaan, tidak hairanlah jika rakan rakan serumahnya sering memanggilnya dengan gelaran artis di rumah.


Flat kuarters Polis, Keramat AU3, Kuala Lumpur 9.30pm:


“Abang, Adik da sampai ni kat bawah.” Sms di hantar oleh Lara kepada abang sulongnya.

“Erh adik abang dah sampai?.. ok, tunggu abang kat bawah kejap lagi abg turun ok?”.

Kelihatan Lans Konperal Mohammad Zaidi turun dari tangga rumahnya terkedek kedek.

Lara segera mencapai tangan abangnya lalu mencium tangan abangnya tanda hormat.

“Kita nak makan kat mana ni?”. Soal Lara.

“Makan kat mulut… hahhahaa”.

“Ish abang ni suka loyar buruk”.

Mereka berdua ketawa, kereta di pandu laju oleh Lara menuju ke bandar. Malam itu mereka keluar makan bersama di sekitar kawasan Masjid India.


Sekitar Masjid India, 9.50pm

“Hai! Mr. Abang Polis!!. Lama tak nampak kau..?”.

Wan menyapa Lans Koperal Zaidi dr jauh sambil mengelap ngelap meja makan di restoran itu. Wan kelihatan gembira menyambut baik akan kedatangan Zaidi dan Lara ke restorannya.

“Aku busy la.. ini pun ikut adik aku.. kalau tak aku tak keluar la beb”. zaidi menghulur tangan tanda salam.

“Yelah.. nasib baik aku tak jadi polis, kalau tidak sama macam kau busy manjang.. hahahaha! “

Wan dan Zaidi ketawa, manakala Lara hanya tersenyum melihat gelagat dua orang abang abang yang poyo itu.

Wan adalah kawan lama kepada abang Sulong Lara dia bekerja sebagai anggota polis juga suatu masa dulu, tetapi akhirnya menarik diri dan meletak jawatan kerana tidak sanggup lagi untuk meneruskan pekerjaan yang mencabar itu, Dia kini ada perniagaan sendiri dengan membuka sebuah restoran di sekitar kawasan Masjid India. Wan pernah menaruh hati kepada Lara dia juga pernah menyatakan hasrat ingin berkenalan dengan Lara melalui Zaidi. Puas dia cuba memikat hati Lara berkali kali namun tidak berjaya. Wan agak poyo orangnya, suka memberi nasihat tetapi dia sendiri tidak buat, Wan Akhirnya akur, Lara hanya boleh jadi seperti adik- adiknya sahaja. Kasihan juga pada si Wan puas dia memujuk agar di buka ruang sedikit utk dirinya.Tapi tidak pernah dapat membolosi pintu hati Lara yang masih lagi terluka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...