Follow Duta_Lara on Twitter

Pesanan Dari beta

Pesanan dari Sang Puteri : Selami ceritanya "Rintihan Kasih Terlara ", fahami isi kandungannya.. kalau dalamnya tidak terkandung apa apa itu bukan salahku.. salahmu sendiri yang tak boleh menyatukan khayalmu dengan khayalku.. Jalan cerita dan semua lirik serta lagu yang ada dalam dunia ini tidak ada yg buruk ..yang buruk adalah perasaanmu yang selalu menghakimi tanpa memberi contoh... Tak salah aku menyumbangkan karya seni ku pada dunia... Aku masih mahu menyumbangkan lagu lagu dan roh roh yang ada dalam lagu serta menceritakan cerita cerita cinta yang diperankan oleh watak watak seni dalaman..kerna itu adalah tugasku sebagai org seni.. dan tugasmu hanya memuji dan mencela.. maka lakukanlahh...

Dunia menjadi indah kerana lahirnya aku dan juga org seperti kau.. Semuanya sudah diberikan watak dan peranan masing masing ..Kita hanya menunggu sang pencipta menghentikan babak babak ini...

Jalan cerita ini tiada kaitan dengan saya, Mahupun anda yang masih hidup atau pun yang telah meninggalkan dunia.. tetapi mungkin serba sedikit tu adalah kot tersangkut paut.. namun begitu jalan cerita ini di garap semula oleh saya hanya untuk menyedapkan lagi jalan cerita... ada yg di olah dan diubah semula oleh saya mengikut kesesuaian dan susunan kata kata..Kalau ada yang sama mungkin itu adalah kebetulan.. ada ke yang sama? heheh.. saya murid baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. saya bukan penulis terhebat dan saya tak ingin pun menjadi terkenal.. saya cuma ingin berkongsi bakat penulisan yang saya ada.. dah baca harap komen la sikit.!~ Setiap hari saya akan pantau viewers saya, tapi tu la sehari demi sehari bertambah.. tapi semua baca je .. jd pembaca dlm senyap ...hehe komen la sikit.. at least saya boleh tersenyum bila baca komen kamu tu (^_^)...


Sinopsis..

S inopsis…..

Ianya mengisah kan tentang tragis nyer sebuah kehidupan seorang anak gadis yatim dan pergolakan dalam percintaannya dimana cintanya yang tulus telah dikhianati, di nodai, di tipu, kejamnya dunia terhadap dia. Cinta dan Kehidupannya seolah olah diperkotak katikkan oleh takdir.. Cinta yg banyak menimbulkan kontroversi, melibatkan dua buah negara iaitu Singapura dan Malaysia. Lara merupakan anak kedua dari tujuh orang adik beradik. Lara mengalami tekanan jiwa & perasaan. Semenjak kematian arwah ayahandanya, Hari hari yang di laluinya terasa gelap, dia merasakan bahawa dia sudah tiada tempat untuk bergantung lagi, dia menderita dan merana namun hatinya begitu tabah menerima Allah tetap yang utama padanya, ibunya, adik adiknya pendorong kekuatannya agar terus hidup dan bertapak demi amanat arwah ayahandanya yang di pegang selama hayatnya.

Walau berulang kali hatinya disakiti dia tetap menerima lelaki yg pernah menyakiti hatinya itu utk kedua dan ketiga kalinya.. dia seorang yang sangat penyabar dan sangat pemaaf, hatinya begitu lembut sehinggakan sering kali di khianati, dia hanya mampu menitiskan air mata, akhirnya dia temui jalan penyudah, dengan menerima kenyataan bahawa dunia hanya sementara dan dia harus sedar sepatutnya dia menikmati alam dunia ini dengan cara yang paling indah.. dia menolak semua cinta yang lepas dan memulakan detik perjalanan yang baru bersama lelaki yang kini memberi sinar kehidupan yang baru bersamanya.. pada lelaki itulah dia berharap dan lelaki itu lah tempat dia mengadu nasib. Namun.... dia masih fobia dengan yg namanya cinta, adakah bahagia masih ada dihujung penantian yang sudah hampir sampai ke garisan penamat riwayat nya..

Lara mendekatkan dirinya pada tuhan, dengan berdoa dan bersujud pada-NYA dia merasa lebih tenang. coretan kehidupannya di tulis pada sebuah buku, dia menanam impian untuk menerbitkan buku itu dan dijadikan sebagai sebuah buku novel. Pada buku itulah dia meluahkan segala isi hati yg terpendam. Setelah lama memendam rasa, Lara jatuh sakit kerana terlalu banyak menangis dan menahan derita dalaman, Dia redha andai dia ditakdirkan harus pergi.....tetapi adakah dia terus hidup ..atau dia putus asa dengan takdirnya?? Bagaimana dengan Lara? Berjayakah Lara mengharungi hidupnya? bagaimana pula dengan novel hasil tulisannya? berjayakah hasil karyanya di pasarkan? ikuti episod seterusnya dalam RINTIHAN KASIH TERLARA.

Panglima Tersohor

Panglima Tersohor

Rakyat Jelata

Rakyat jelata yg ada dlm Negeri Jajahan Beta

Sunday, April 17, 2011

Bab 5, Rintihan Kasih Terlara

Jam lonceng berbunyi.. Tangannya mencapai jam itu lalu di matikan.. "argghh lagi 5 minit" desis hatinya malas nak bangun bekerja.. entah kenapa malas pula rasanya nak ke office..malam tadi tidur lewat..

Pintu bilik di ketuk ... "Awak da bangun belum?" kak Arda nak keluar dah ni.. nanti jangan lupa kunci rumah".

"urmm.. dahhh.." Lara menyahut, sambil melangkah malas keluar dari bilik tidurnya..

Sebelum Lara berpindah dan bekerja di Kuala Lumpur.. Lara hanyalah seorang anak gadis sunti yang tidak tahu apa apa tentang dunia, dia merupakan seorang gadis polos, agak sedikit garang, tidak suka mengenal lelaki, apa yang dia tahu dia ada kedua ibu bapanya.

Setelah tamat SPM Lara terpaksa bekerja demi membantu keluarga, dia berkorban untuk membantu keluarga demi menyara kehidupan mereka sekeluarga. Berduyun duyun surat tawaran ke IPTA dan IPTS datang kerumah, tetapi Lara hanya membiarkannya sahaja. Lara bekerja di sebuah kilang Electronic bersama kawan-kawannnya yang lain, pada awalnya Lara hanya seorang operator, setelah beberapa bulan bekerja di situ Lara telah di naikkan pangkat sebagai Repairer, hari-hari kerjanya hanya membetulkan product-product yang rosak, hari berganti hari Lara beralih pula kepada jawatan lain, dia telah terpilih untuk menjadi Line Leader, Lara berkenalan dengan seorang jejaka berasal dari Kelantan, Ridhwan adalah merupakan seorang Juruteknik Komputer di situ, pada awalnya hubungan mereka bermula hanya sebagai seorang kawan, keakraban mereka berdua lama kelamaan menimbulkan bibit bibit cinta, ridhwan jatuh cinta kepada lara, kerana kelembutannya sebagai seorang wanita, juga kerana perwatakannya yg garang dan tegas ketika menjalankan tugas, mereka sering berdua ketika di kilang itu, macam belangkas kerana pada awalnya mereka hanya kawan. Sampailah pada suatu ketika Ridhwan melamarnya utk di jadikan isteri. Kedua ibu bapa Ridhwan telah pun datang bertandang ke rumah Lara untuk merisik, dari Kelantan mereka datang.

Selain dari itu Ridhwan tidak mengetahui aktiviti Lara, Lara adalah seorang penyanyi di majlis- majlis perkahwinan, dia mempunyai kumpulan pancaragamnya sendiri. Lama kelamaan Ridhwan mendapat tahu akan hobi Lara itu, akhirnya Lara terpaksa akur Ridhwan tidak menyenangi hobinya itu, Lara mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi. Hampir dua tahun Lara menyepikan diri dari bidang nyanyian, semata mata ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap Ridhwan dan masa depannya bersama bakal suaminya itu. Tetapi hakikatnya jodoh mereka tidak kemana. Setelah Lara berhenti menyanyi, Lara mula mengenakan tudung. setiap hari ke tempat kerja Lara memakai tudung sehingga tiba suatu masa Lara berhenti bekerja di kilang itu, kerana mendapat tawaran bekerja sebagai kerani di salah sebuah Syarikat Jualan Motor terkemuka di Malaysia yg berpusat di Johor Bahru.

Lara beralih bidang dari seorang Line Leader kepada pekerjaan pejabat sebagai kerani. Kini kehidupannya sudah bertukar, kerjanya tidak seberat kerja di kilang dahulu. Dia suka akan kerja barunya. Ridhwan pula masih bekerja di kilang itu sebagai Jurutera. Lama kelamaan Ridhwan mula mengambil kesempatan menggunakan kepercayaan Lara. Kabar angin mula tersebar Ridhwan di katakan mula mengenali perempuan perempuan Junior di kilang itu. Pernah sekali tersebar Ridhwan membawa perempuan lain menaiki motor bersamanya. Berita itu sampai ke telinga Lara. Mereka berdua bergaduh. dan akhirnya Cita cita mereka untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian. Percintaan mereka putus separuh jalan.

Lara mengambil merana berbulan bulan, hampir setiap hari dia menangis, matanya naik cengkung, badannya kurus, Selepas dari itu Lara menjadi seorang yang sgt tegas pendirian. Dia juga mengambil keputusan untuk tidak berlembut lagi kepada lelaki, hatinya sangat terluka dengan perbuatan Ridhwan.

Lara mengambil keputusan meninggalkan Bandar Johor, dia cuba menghantar profile dirinya sebanyak mungkin di kuala lumpur, tidak di sangka profile di hantar mengena. dia di panggil untuk temuduga di salah sebuah syarikat televisyen Malaysia yg terkenal di seluruh dunia.

dari situ bermula kehidupannya sebagai wanita dewasa yang baru ingin mengenal erti dunia. Dia menerima tawaran bekerja di syarikat terkemuka itu. Dia tidak tahu bahawa keputusannya untuk berpindah di bandar metropolitan itu lagi besar risikonya, lagi ramai lelaki buaya, bukan saja buaya, Naga & Harimau belang pun ada.

“Hoi” . Bahu lara di tepuk dari belakang.

Tersentap Lara dari lamunan…fikirannya tadi jauh kembali mengenang kehidupannya di kampung.

“Astagfirullahal azim…Kau ni Aida, Buat aku terkejut je lah..” Lara mengusap dada.

“Hehe.. tu lah menung lagi. Kau buat ape ni?” sambil mengusap belakang dada Lara.

“Aku buat kerja la.” lara menjawab.

“Buat kerja ape? Dari tadi aku duk tengok kau dari jauh termenung aje.”

“Kau ingat Is ke?” Aida cuba meneka.

“Tak la.. aku ingat kampung, ex boyfriend aku masa kt jb dulu mana dia sekarang ni.. dia langsung tak sms aku, pujuk aku ke ape ke, cari aku kat KL ni ke”. Lara mengeluh.

“Ala relaxs ok, kumbang bukan seekor. yang dah lepas tu biarlah lepas.” Aida cuba menenangkan Lara.

“Malam ni kau free..? Yuk ikut aku .. aku nak kenalkan kau dengan someone..Doktor tau, er tengku pun ada…” Aida cuba mempelawa setelah di lihat kawannya itu bermuram sepanjang hari.

“Malam ni?. urm free.. tapi aku taknak lah buat ape?. kau pergi jelah.”

“Ala jom la temankan aku k.” Aida cuba memujuknya.

“Hurm.. ok lah kalau macam tu pukul berapa?” Lara mengerutkan dahi.

“Kau ambil aku kat rumah pukul 8.00 malam ok?”. Aida menjawab sambil tersenyum.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Sudah sampai masa, untuk pulang kerumah. kerja-kerja sudah di siapkan. Staff shift kedua sudah pun masuk pukul 3 petang tadi. bagi menggantikan staff shift pertama.

Lara menuju ke tempat duduk Aida lalu menepuk bahu Aida. “Oit ko taknak balik?”

Aida menoleh terkejut. “Ish kau ni.. Kejap aku kemas ni dulu. and ada report nak bagi pada Encik Sulaiman”.

“OK” Jawab Lara.

“Aku tunggu kau kat luar tempat biasa ok ”. Lara berjalan menuju ke pintu keluar pejabatnya.

“Okay!~” Jawab Aida.

Begitulah seharian kehidupan mereka selalu berdua. kemana sahaja, Aida sering menumpang Lara setiap hari pergi dan balik kerja. mereka sudah seperti adik beradik, susah senang mereka bersama. Petang itu Aida di hantar pulang ke rumah oleh Lara seperti biasa..

Selesai solat Maghrib....

Di rumah, Telefon Aida berdering. Aida menjawab.

“Hello?”

“Kau dah siap?” Suara Lara kedengaran.

“Dah…dah .. kau boleh datang ambil aku sekarang.”

“Ok, See ya”.

Talian panggilan itu tadi segera di putuskan oleh Aida. dia mengenakan pakaian jeans. dibelek belek wajahnya untuk kali terakhir di cermin. dia mencuba kasut sport yang baru di belinya berwarna biru. di beleknya lagi gayanya di hadapan cermin di ruang tamu..

“Ok perfect” Bisik hati Aida. Sambil matanya menjengul ke luar tingkap, dilihatnya Lara sedang menanti di luar rumah. Dia mencapai beg tangannya lalu berjalan menuju pintu rumah dan melangkah keluar dengan konfiden.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...