Follow Duta_Lara on Twitter

Pesanan Dari beta

Pesanan dari Sang Puteri : Selami ceritanya "Rintihan Kasih Terlara ", fahami isi kandungannya.. kalau dalamnya tidak terkandung apa apa itu bukan salahku.. salahmu sendiri yang tak boleh menyatukan khayalmu dengan khayalku.. Jalan cerita dan semua lirik serta lagu yang ada dalam dunia ini tidak ada yg buruk ..yang buruk adalah perasaanmu yang selalu menghakimi tanpa memberi contoh... Tak salah aku menyumbangkan karya seni ku pada dunia... Aku masih mahu menyumbangkan lagu lagu dan roh roh yang ada dalam lagu serta menceritakan cerita cerita cinta yang diperankan oleh watak watak seni dalaman..kerna itu adalah tugasku sebagai org seni.. dan tugasmu hanya memuji dan mencela.. maka lakukanlahh...

Dunia menjadi indah kerana lahirnya aku dan juga org seperti kau.. Semuanya sudah diberikan watak dan peranan masing masing ..Kita hanya menunggu sang pencipta menghentikan babak babak ini...

Jalan cerita ini tiada kaitan dengan saya, Mahupun anda yang masih hidup atau pun yang telah meninggalkan dunia.. tetapi mungkin serba sedikit tu adalah kot tersangkut paut.. namun begitu jalan cerita ini di garap semula oleh saya hanya untuk menyedapkan lagi jalan cerita... ada yg di olah dan diubah semula oleh saya mengikut kesesuaian dan susunan kata kata..Kalau ada yang sama mungkin itu adalah kebetulan.. ada ke yang sama? heheh.. saya murid baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. saya bukan penulis terhebat dan saya tak ingin pun menjadi terkenal.. saya cuma ingin berkongsi bakat penulisan yang saya ada.. dah baca harap komen la sikit.!~ Setiap hari saya akan pantau viewers saya, tapi tu la sehari demi sehari bertambah.. tapi semua baca je .. jd pembaca dlm senyap ...hehe komen la sikit.. at least saya boleh tersenyum bila baca komen kamu tu (^_^)...


Sinopsis..

S inopsis…..

Ianya mengisah kan tentang tragis nyer sebuah kehidupan seorang anak gadis yatim dan pergolakan dalam percintaannya dimana cintanya yang tulus telah dikhianati, di nodai, di tipu, kejamnya dunia terhadap dia. Cinta dan Kehidupannya seolah olah diperkotak katikkan oleh takdir.. Cinta yg banyak menimbulkan kontroversi, melibatkan dua buah negara iaitu Singapura dan Malaysia. Lara merupakan anak kedua dari tujuh orang adik beradik. Lara mengalami tekanan jiwa & perasaan. Semenjak kematian arwah ayahandanya, Hari hari yang di laluinya terasa gelap, dia merasakan bahawa dia sudah tiada tempat untuk bergantung lagi, dia menderita dan merana namun hatinya begitu tabah menerima Allah tetap yang utama padanya, ibunya, adik adiknya pendorong kekuatannya agar terus hidup dan bertapak demi amanat arwah ayahandanya yang di pegang selama hayatnya.

Walau berulang kali hatinya disakiti dia tetap menerima lelaki yg pernah menyakiti hatinya itu utk kedua dan ketiga kalinya.. dia seorang yang sangat penyabar dan sangat pemaaf, hatinya begitu lembut sehinggakan sering kali di khianati, dia hanya mampu menitiskan air mata, akhirnya dia temui jalan penyudah, dengan menerima kenyataan bahawa dunia hanya sementara dan dia harus sedar sepatutnya dia menikmati alam dunia ini dengan cara yang paling indah.. dia menolak semua cinta yang lepas dan memulakan detik perjalanan yang baru bersama lelaki yang kini memberi sinar kehidupan yang baru bersamanya.. pada lelaki itulah dia berharap dan lelaki itu lah tempat dia mengadu nasib. Namun.... dia masih fobia dengan yg namanya cinta, adakah bahagia masih ada dihujung penantian yang sudah hampir sampai ke garisan penamat riwayat nya..

Lara mendekatkan dirinya pada tuhan, dengan berdoa dan bersujud pada-NYA dia merasa lebih tenang. coretan kehidupannya di tulis pada sebuah buku, dia menanam impian untuk menerbitkan buku itu dan dijadikan sebagai sebuah buku novel. Pada buku itulah dia meluahkan segala isi hati yg terpendam. Setelah lama memendam rasa, Lara jatuh sakit kerana terlalu banyak menangis dan menahan derita dalaman, Dia redha andai dia ditakdirkan harus pergi.....tetapi adakah dia terus hidup ..atau dia putus asa dengan takdirnya?? Bagaimana dengan Lara? Berjayakah Lara mengharungi hidupnya? bagaimana pula dengan novel hasil tulisannya? berjayakah hasil karyanya di pasarkan? ikuti episod seterusnya dalam RINTIHAN KASIH TERLARA.

Panglima Tersohor

Panglima Tersohor

Rakyat Jelata

Rakyat jelata yg ada dlm Negeri Jajahan Beta

Thursday, March 10, 2011

Bab 1, Rintihan Kasih Terlara

Rintihan Kasih Terlara

Penulis : Sahara Supery

7.50pm Kawasan Perumahan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur

Angin malam dari perbukitan kawasan perumahan yang bertiup perlahan terasa begitu nyaman, menampar- nampar pipinya dengan lembut Dia menguakkan jendela, membukanya dengan lebih luas seolah-olah membiarkan angin dingin itu lepas bebas memasuki rumahnya. Azhari merenung keluar sambil memerhatikan kanak-kanak yang sedang berlari lari berkejaran diluar rumahnya bermain bunga api, rasa tidak sabar dia untuk bergelar ayah kepada anak yang dikandung oleh isterinya, hari raya semakin dekat perasaannya gundah dan gelisah bercampur sebak didada mengenang kisah lama tentang nasib seorang gadis yatim yang telah dianggapnya sebagai adik kandungnya sendiri. Udara dingin petang yang hampir kelam membuatkan azhari mengusap mukanya kesejukan terasa sejuk menusuk tulang ketingnya. Azhari seorang lelaki yang agak pendiam, badannya agak berisi, berkulit putih, senyumannya boleh memikat jutaan perempuan diluar sana, namun begitu Azhari sudah berkahwin dengan wanita pilihan nya 7 bulan yang lalu, kini dia hidup bahagia bersama isteri yang dicintainya

"Abang..?"

Ada sapaan lembut dari belakangnya, Azhari berpaling melihat isterinya yang sedang berjalan menuju ke buju katil.

“Abang pandang apa kat luar tu jauh renungan abg tu? raya lambat lagi.. masih ada dua minggu lagi”.

Aliya menyoal Azhari yang kelihatan gembira tersenyum seorang di tepi tingkap bilik mereka itu. Sambil berjalan menuju kepada isterinya yang sedang duduk di sisi katil Azhari berkata

“Entahlah sayang, tak sangka abg dapat kahwin dengan liya kan.. Liya Bahagia tak ? ".

Aliya memandangkan tepat wajah suaminya itu, dan hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.. Pandangan mereka bertaup, dikucupnya dahi Aliya. Aliya memesongkan sedikit badannya, di sandarkan kepala di bahu Azhari, Azhari memegang erat jari jemari isterinya dipandangnya cincin perkahwinan mereka, cincin berlian bermata tiga itu begitu cantik pada pandangan matanya, sesuai dengan tangan pemiliknya. Dia tersenyum sambil mengeluh dan berkata pada isterinya,

"Tengah abg duk termenung tadi tiba-tiba abg teringat pulak pasal adik angkat kita tu.. moga- moga arwahnya dicucuri rahmat. Ditempatkan bersama sama wanita yg solehah disana”.

Sambil mengusap-usap perut isterinya yang sudah 6 bulan mengandung

“Ermm abang tu jangan cakap aje pergi la ambil air sembahyang solat dulu doakan untuk dia. Erh abang tak pergi terawih malam ni?”

"Oh ya..nasib baik Aliya ingatkan abang, haha.."

Azhari segera bangun dengan hanya ketawa kecil dia berlalu meninggalkan isterinya. Sambil diperhatikan isterinya Azhar keluar dari bilik itu. Aliya tersenyum lalu menjerit..

“Kita namakan anak kita ni Lara yer abang!?” Aliya melambai tangan perlahan..

Aliya seorang gadis kampung yang juga berasal dari Johor Bahru, Berkulit kuning langsat, rambut panjang kebahu. Memiliki kecantikan asli, bulu keningnya cantik, hidung mancung, dia juga memiliki bulu mata yang panjang dan lebat serta lentik. Itu yang membuatkan hati Azhari cair dan terpikat suatu masa dulu sebelum mereka berkahwin. Sejak mereka bercinta Azhari selalu mengambil berat tentang Aliya.

Azhari tidak banyak kerenahnya dia seorang suami yang baik hati, dia juga seorang yang cukup imannya tidak pernah meninggalkan solat lima waktu apatah lagi solat terawih yang memang ditunggunya setiap tahun. Isteri diberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang secukupnya. Dia juga seorang yang patuh akan kata-kata orang tua.

Selepas menunaikan solat terawih di masjid. Azhari pulang berjalan kaki kerumah, Masjid tidak jauh dari rumahnya.. sesampainya dirumah, Azhari mencapai sebuah buku yang telah ditulis oleh arwah adik angkatnya 5 tahun yang lalu. Sebelum meninggal dunia arwah telah meninggalkan pesan kepada Azhari untuk menunaikan impian arwah bagi menerbitkan sebuah Novel tentang kisah perjalanan hidup, namun begitu Azhari masih belum sempat membaca buku itu dan masih belum menunaikan hajat adik angkatnya itu.. Azhari mengeluh sambil berkata didalam hati.

“Apa yang harus abg buat dik? bergenang airmata di kelopak matanya.

"Maafkan abg sebab baru sekarang abg baca buku adik ni ”.


terdetik dihatinya untuk meneruskan cerita novel itu dan menghantarnya di salah sebuah Syarikat percetakan buku buku novel, untuk diterbitkan.

Dia terus membelek helain kertas dari buku itu, Dia memulakan membaca cerita yang telah di tulis oleh adik angkat nya beberapa tahun yang lalu, cerita itu perlu dihabiskan oleh Azhari bagi memenuhi kehendak arwah.

Kelihatan dari dapur Isterinya Aliya menghantar secawan air kopi kerana dia tahu akan suaminya yang mudah mengantok ketika membaca, kadang kala baca surat khabar pun dia boleh tertidur.

“Minum air kopi ni dulu abg, nanti abg mengantok. Ayang dah nak tidur ni nanti abg tolong tutupkan lampu yer.”

Azhari hanya menganggukkan kepala dan tersenyum. Diletakkan semula buku itu lalu meneguk air kopi yang dibuat isterinya tadi. Aliya berjalan menuju ke sisi katil dan terus melabuhkan badannya, biasalah orang mengandung tak larat buat kerja lama-lama. Azhari menyelimutkan isterinya lalu mencium dahi isterinya terlebih dahulu.


"Goodnight sayang". Azhari memberi kucupan yang sentiasa menjadi idaman Aliya pada setiap malam.

Lampu tidak dipadamkan lagi, Azhari mengambil semula buku tadi lalu membacanya satu persatu, Aliya tersenyum melihat suaminya yang juga sedang tersenyum memandangnya sambil membaca buku itu. Aliya hanya mampu tersenyum gembira kerana suatu hari nanti dia bakal menjadi ibu kepada anak yang dikandungnya hasil pernikahannya yang sah dengan Azhari bagi menyambung waris keturunan mereka.

Azhari meneguk air kopi yang dibuat isterinya tadi sehingga habis, lalu mencapai cermin mata yang berada di atas meja di sisi katil, Azhari rabun.. dia perlu memakai cermin mata ketika membaca, sesudah itu dia membacanya semula.

1 comment:

adik ecah said...

waa..permulaan dh best...cayok2 akak!! kte sokong dri blkg, depan, atas, bwh, kiri, kanan....hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...