Follow Duta_Lara on Twitter

Pesanan Dari beta

Pesanan dari Sang Puteri : Selami ceritanya "Rintihan Kasih Terlara ", fahami isi kandungannya.. kalau dalamnya tidak terkandung apa apa itu bukan salahku.. salahmu sendiri yang tak boleh menyatukan khayalmu dengan khayalku.. Jalan cerita dan semua lirik serta lagu yang ada dalam dunia ini tidak ada yg buruk ..yang buruk adalah perasaanmu yang selalu menghakimi tanpa memberi contoh... Tak salah aku menyumbangkan karya seni ku pada dunia... Aku masih mahu menyumbangkan lagu lagu dan roh roh yang ada dalam lagu serta menceritakan cerita cerita cinta yang diperankan oleh watak watak seni dalaman..kerna itu adalah tugasku sebagai org seni.. dan tugasmu hanya memuji dan mencela.. maka lakukanlahh...

Dunia menjadi indah kerana lahirnya aku dan juga org seperti kau.. Semuanya sudah diberikan watak dan peranan masing masing ..Kita hanya menunggu sang pencipta menghentikan babak babak ini...

Jalan cerita ini tiada kaitan dengan saya, Mahupun anda yang masih hidup atau pun yang telah meninggalkan dunia.. tetapi mungkin serba sedikit tu adalah kot tersangkut paut.. namun begitu jalan cerita ini di garap semula oleh saya hanya untuk menyedapkan lagi jalan cerita... ada yg di olah dan diubah semula oleh saya mengikut kesesuaian dan susunan kata kata..Kalau ada yang sama mungkin itu adalah kebetulan.. ada ke yang sama? heheh.. saya murid baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. saya bukan penulis terhebat dan saya tak ingin pun menjadi terkenal.. saya cuma ingin berkongsi bakat penulisan yang saya ada.. dah baca harap komen la sikit.!~ Setiap hari saya akan pantau viewers saya, tapi tu la sehari demi sehari bertambah.. tapi semua baca je .. jd pembaca dlm senyap ...hehe komen la sikit.. at least saya boleh tersenyum bila baca komen kamu tu (^_^)...


Sinopsis..

S inopsis…..

Ianya mengisah kan tentang tragis nyer sebuah kehidupan seorang anak gadis yatim dan pergolakan dalam percintaannya dimana cintanya yang tulus telah dikhianati, di nodai, di tipu, kejamnya dunia terhadap dia. Cinta dan Kehidupannya seolah olah diperkotak katikkan oleh takdir.. Cinta yg banyak menimbulkan kontroversi, melibatkan dua buah negara iaitu Singapura dan Malaysia. Lara merupakan anak kedua dari tujuh orang adik beradik. Lara mengalami tekanan jiwa & perasaan. Semenjak kematian arwah ayahandanya, Hari hari yang di laluinya terasa gelap, dia merasakan bahawa dia sudah tiada tempat untuk bergantung lagi, dia menderita dan merana namun hatinya begitu tabah menerima Allah tetap yang utama padanya, ibunya, adik adiknya pendorong kekuatannya agar terus hidup dan bertapak demi amanat arwah ayahandanya yang di pegang selama hayatnya.

Walau berulang kali hatinya disakiti dia tetap menerima lelaki yg pernah menyakiti hatinya itu utk kedua dan ketiga kalinya.. dia seorang yang sangat penyabar dan sangat pemaaf, hatinya begitu lembut sehinggakan sering kali di khianati, dia hanya mampu menitiskan air mata, akhirnya dia temui jalan penyudah, dengan menerima kenyataan bahawa dunia hanya sementara dan dia harus sedar sepatutnya dia menikmati alam dunia ini dengan cara yang paling indah.. dia menolak semua cinta yang lepas dan memulakan detik perjalanan yang baru bersama lelaki yang kini memberi sinar kehidupan yang baru bersamanya.. pada lelaki itulah dia berharap dan lelaki itu lah tempat dia mengadu nasib. Namun.... dia masih fobia dengan yg namanya cinta, adakah bahagia masih ada dihujung penantian yang sudah hampir sampai ke garisan penamat riwayat nya..

Lara mendekatkan dirinya pada tuhan, dengan berdoa dan bersujud pada-NYA dia merasa lebih tenang. coretan kehidupannya di tulis pada sebuah buku, dia menanam impian untuk menerbitkan buku itu dan dijadikan sebagai sebuah buku novel. Pada buku itulah dia meluahkan segala isi hati yg terpendam. Setelah lama memendam rasa, Lara jatuh sakit kerana terlalu banyak menangis dan menahan derita dalaman, Dia redha andai dia ditakdirkan harus pergi.....tetapi adakah dia terus hidup ..atau dia putus asa dengan takdirnya?? Bagaimana dengan Lara? Berjayakah Lara mengharungi hidupnya? bagaimana pula dengan novel hasil tulisannya? berjayakah hasil karyanya di pasarkan? ikuti episod seterusnya dalam RINTIHAN KASIH TERLARA.

Panglima Tersohor

Panglima Tersohor

Rakyat Jelata

Rakyat jelata yg ada dlm Negeri Jajahan Beta

Thursday, March 10, 2011

Bab 2, Rintihan Kasih Terlara

Jam menunjukkan pukul 11.15 pagi, seperti biasa Lara menjalankan kerja kerja di pejabatnya. Lara.. menjadi kegilaan ramai lelaki, dia bekerja di sebuah Syarikat Televisyen Malaysia di Kuala Lumpur. Dia seorang yang rajin bekerja. Di tempat kerjanya Lara ada ramai kawan, dari belakang tabir, wartawan sehingga ke selebriti tv dia pandai membawa diri. Siapa saja yang mengenalinya pasti akan terhibur oleh sikap ramah dan suka berkawan itu.

Lara termenung memikirkan kisah silamnya.. dimana dia pernah mencintai seorang jejaka yang berasal dari kelantan dan menetap dijohor bahru setahun yang lalu..

Ridhwan seorang lelaki yang bijak akal fikirannya bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai technician IT.

Lara kembali teringat akan saat saat manis dia bersama jejaka itu. Tapi cinta mereka kecundang jua akhirnya dan disebabkan itu lah Lara merantau dan mencari pekerjaan di Bandar metropolitan itu, setelah kecewa dengan cinta pertamanya.

Kini Lara hidup berdikari, Dia bahagia akan hidupnya sekarang, dengan berbekalkan Gajinya yg tak seberapa itu di tambah dengan pendapatan lain dia juga menyanyi untuk menambah pendapatannya. Lara bertuah kerana memiliki anugerah dari Tuhan dengan mempunyai Suara yang agak lunak dan merdu. Dulu di Johor Bahru dia sering aktif menyanyi dengan pancaragam Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, dia sering menyanyi di majlis-majlis perkahwinan. Dengan duit gajinya itu lah dia dapat memiliki sebuah kereta perodua kancil berwarna merah. Kereta itu dibeli dengan hasil titik peluhnya sendiri.

Dia meneruskan perjalanan hidupnya di Bandar besar itu. Abang sulungnya Lans Koperal Md.Zaidi bekerja sebagai seorang pegawai polis di bukit aman, menetap di Taman Keramat di Kuala Lumpur.


Abangnya sering menghantar nya balik dan pergi kerja.

Sehinggalah suatu saat dia mengenali erti hidup dan pahit jerihnya hidup dikota metropolitan tanpa keluarga nya disisi. Dia membenarkan keretanya diguna pakai oleh abang sulung nya selama sebulan kerana Lara belum berapa mahir akan jalan- jalan di Bandar.

Sebelum Lara Ke Kuala Lumpur, dia ada mengenali seorang lelaki yang bernama Ahmad Zakaria, merupakan Seorang guru vocal yang pernah mengajar Lara dan kumpulan Abang Lara sedikit masa dahulu pada tahun 2001 di sebuah kondominium terletak di Bukit Saujana Johor Bahru, yang kononnya dulu dia mengajar vocal dan cara cara harmonize dalam berkumpulan, abang Lara juga merupakan seorang penyanyi, kumpulan mereka dahulunya amat popular disekitar johor bahru. Zakaria adalah lelaki pertama yang ditemui oleh Lara ketika berpindah ke Kuala Lumpur.

Pertemuan pertama antara Zakaria dan Lara sudah pun dirancang awal sebelum berpindah ke Kuala Lumpur. Lara menetap bersama rakan kerja nya disebuah apartment di Damansara berdekatan One Utama, Damansara menjadi pilihan kerana dekat dengan tempat kerjanya.

Pada satu hari Lara dan Zakaria membuat temujanji untuk berjumpa. Lara memeriksa solekan di mukanya buat kali terakhir sebelum dia keluar dari bangunan apartmentnya utk bertemu jejaka berbadan sasa itu. Hari ini juga dia mengenakan solekan agak rapi, setelah di solek, wajahnya kelihatan segar dan licin, matanya pula kelihatan lebih besar daripada biasa kerana dia mengenakan contact lense berwarna biru, bibirnya nampak mungil dan menawan sekali, Lara Mengenakan baju kurung berwarna Putih dengan solekan yang tipis, manakala Zakaria memakai baju kemeja biru, berseluar hitam, orangnya tinggi lampai, muka iras iras Hindustan, maklumlah keturunan mamak penang.

Dengan langkah perlahan Lara menuruni tangga apartmentnya sambil berbisik didalam hati “aduh macamana lah agaknya rupa abg Zack skrg ni?.. takutnya aku”.

“Hai, Assalamualaikum, Abg Zack yer?.., lama tunggu? ” sambil tersenyum memandang jejaka yang sedang bersandar di sebuah kereta perdana berwarna putih itu. Ahmad Zakaria tersenyum sambil menghulurkan tangan, dan mereka bersalaman.

“Hai, Lara how are you?, Cantiknya.. amboi Lara skrg da besar panjang. Lama abg Zack tak nampak makin cun adik Mohammad Zaidi ni.”

“Cun? ermm takde comel ade.. haha… lagi satu .. Mana ada panjang, pendek je ni.”

mereka berdua ketawa.

“Silakan my princess…” Zakaria mempelawa Lara utk masuk ke dalam kereta.

Pintu dibuka tanpa berbicara Lara melabuhkan punggungnya ke dalam perut kereta, Pada mulanya perjalanan mereka terdiam seketika kerana Lara benar benar khuatir akan dirinya kerana pertama kali memasuki kereta lelaki yang sudah lama tidak dijumpainya itu.

“Dah makan?”

“Not yet, bang.”

Ayat terhenti disitu Zakaria tersenyum melihat gelagat Lara yang sepertinya ada yang tidak kena.

“OK, disebabkan Lara belum makan.. urmm kita pegi makan eh.. abg pun lapar ni”

Lara tersenyum sahaja dan menganggukkan kepalanya sedikit.

8.50pm : HOTEL ISTANA ..

“Ok! Da sampai”

“Kenapa kita berhenti dekat depan Hotel Istana ni abg ?”.

“ La, kita makan dekat sini la”

“Tapi…abg….. it’s….”

dengan kadar segera Zack menutup mulut Lara

“Shhhhh…takde tapi tapi jom turun”.

Pertemuan mereka menimbulkan bibit cinta. Zakaria ternyata menyimpan perasaan sayang kepada Lara walaupun Jauh beza usia mereka. Ternyata Lara juga mempunyai perasaan yang sama.

Malam itu setelah pulang, Zakaria menyatakan isi hatinya dan melamar Lara untuk menerima cintanya dan meneruskan hubungan itu kepada hubungan yang lebih serius.

“Lara, abang teringin nak kenal Lara dengan lebih dalam lagi..boleh?” ,

“Tapi untuk apa?....Dalam macam mana ? apa maksud abang?..Lara tak faham?”

“Maksud abang.. abang nak jadi boyfriend Lara boleh?.. abg nak jaga Lara”.

Lara tertunduk malu..tersipu sipu dia di buatnya.

“Ish abg Zack ni…”

“Senyum pulak dia, abg serius ni.... eh eh senyum lagi dia.. tandanya setujulah tu yer?” Zack memandang Lara dengan penuh harapan.

Lara hanya mampu senyum sahaja, diam seribu bahasa .. dia terus menunduk.

“Yes, hehe ok. Start hari ni abang panggil Lara sayang yer.. boleh?”

Tanpa sepatah jawapan Lara hanya mampu tersenyum tanda setuju

Hari berganti hari Zakaria dan Lara mengecapi nikmat bahagianya bercinta. Tanpa disedari sebenarnya Lara kabur dengan kemewahan serta kasih sayang palsu yang diberi oleh Zakaria. Lara memang mudah jatuh cinta setelah hatinya hancur bersama Ridhwan jejaka Kelantan yang dikenalinya dulu sebelum ke Kuala Lumpur. Bagi Lara apa salahnya sekiranya dia ingin bahagia bersama insan kedua yg kini bertapak dihatinya. Dalam pada itu Lara juga tidak sedar bahawa dia sebenarnya telah ditipu oleh Zakaria. Zakaria memang bijak memainkan peranan sebagai lelaki kasanova. Setelah enam bulan hubungan ini berlangsung akhirnya Zakaria mula membuat helah untuk menjauhkan diri dari Lara.

Zakaria mula mengabaikan Lara. hari berganti hari hubungan mereka menjadi dingin.

Zakaria hanya memberi alasan yang sama dia sibuk akhir akhir ni dengan meeting..

“Abang kat mana ni? Kenapa tak angkat ayang kol tadi”.

“Abang busy sayang.. meeting tadi dengan Uncle”

“Uncle mana plak ni?” Lara mengerutkan dahi.

“Bos abang.”

“Oh. Ok sory ganggu, takde lah ayang Cuma nak Tanya kenapa abang tak telefon ayang satu hari ni?”

Begitulah hari hari sehinggakan Lara malas hendak melayan karenah Zakaria. Lara sendiri tidak tahu apa sebab dan puncanya Zakaria jadi begitu.

Lara sering termenung di tempat kerja memikirkan Zakaria.

Keesokan harinya telefon Lara berdering tapi tidak dijawabnya kerana sesekali teringin juga dia merajuk dengan Zakaria fikirnya Zack akan memujuknya.. selang beberapa kali telefonya berdering akhirnya Lara akur dan menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum, sayang sorry tak call semalam, abang busy lah sayang..syg marah?” . Zack memulakan bicara.

Itulah suara lelaki yang ditunggu tunggu dari semalam. Suara yang boleh mencairkan hati setiap perempuan yang ada dalam dunia ini, bagi Lara , Zack adalah Mr. Perfect, hanya tuhan saja yang tahu betapa Lara amat menyayangi lelaki itu sepenuh hatinya. Namun begitu Lara tidak tahu selama lapan bulan itu dia sebenarnya telah tertipu oleh bekas cikgu Vokalnya sendiri. Zakaria hanya bertujuan ingin memainkan perasaan Lara, maklumlah ayam kampung. Tidak tahu apa motifnya sehingga Zakaria tergamak mempermainkan hati Lara, gadis kampung yang luhur tidak tahu apa apa lagi tentang Cinta kota metropolitan itu. Lara terus menjadi mangsa kepada lelaki kasanova itu.

Kebahagiaan yang dikecapi bersama Zack, pada Lara adalah satu kebahagiaan yang dirasa hanya sekali seumur hidup. Sehinggalah satu hari Zakaria benar benar akan menghilangkan diri berbulan bulan lamanya tanpa khabar berita, Zack tergamak melukakan hati orang yang benar benar telah mencintai dan menyayanginya setulus hati

satu hari satu SMS di terima…

“ermm sayang..., urmm….abg tak tahu nak cakap macamana.. tapi ayang jangan marah abang yer. Abang terpaksa ke luar Negara demi menjalankan tugas, Uncle yang suruh.. abang ada meeting di London, sekarang abang dah tiba di airport jap lagi berlepas.. tapi abang akan balik, sayang jangan risau yer”.

sejurus sms di terima dan di baca..dengan pantas Lara mendail nombor telefon bimbit Zakaria.

Telefon berbunyi...Bergegar kocek seluar Zack..

“Yer… Hello sayang..nape tak balas je sms.. tak payah telefon membazir kan”. dengan bersahaja Zakaria menjawab panggilan telefon seperti orang yang tidak bersalah.

“Membazir?? kenapa pula?? siapa ayang di sisi abg? membazir kerana kekasih hati tak apa kan?? then lagi satu Kenapa tak bagi tahu awal abg nak outstation.. kenapa mengejut mcm ni, syg ni siapa dihati abg sampai abg boleh bagitau syg last minute mcmni ?”. Lara seakan marah.

“Abang mintak maaf, sebab last minit bos suruh pegi.. I’m sorry dear.. abang janji abang akan call syg setibanya abang kat sana, Ok syg ..uncle da sampai.. I got to go love you.. daaaa.. assalamualaikum”.

Letak mcm tu je?? desis hatinya.. Lara menahan sebak, dia tak tahu sama ada mahu marah atau pasrah saja,

Airmata Lara gugur ke bumi, hatinya bagai di tikam tikam pisau yg tajam, kenapa tanpa berjumpa terlebih dahulu tau tau sudah ada di airport dan nak pergi meninggalkan dia macam tu saja.

Sampai ke tengah malam satu sms atau panggilan langsung tidak diterima, hatinya mula resah, airmata mencurah curah dia tidak sangka Zack akan melukakan hatinya sebegini rupa. Namun begitu dia tidak mampu menahan sebak, dia juga tidak mahu fikir Negative dia tidak berdaya untuk memikirkan yang tidak tidak keatas Zack, baginya mungkin benar Zack sedang sgt sibuk sampai terlupa padanya. Lara Terlelap akhirnya setelah berkali kali sms dihantar kepada Zack, tapi tiada satu pun di balas.

Selepas tiga bulan akhirnya Lara akur dengan takdir, mungkin abg Zack sudah melupakannya, dia pasrah andai itu kehendak takdir, dia tidak tahu adakah mungkin Zack sudah berpaling arah, atau mungkin juga Zack di timpa kemalangan di London, astagfirullahalazim…tidak mungkin.. tidak mungkin…bisik hatinya, dia tiada jawapan bagi semua teka teki itu. Penantiannya tidak hanya berakhir disitu dia tetap menunggu dan hanya mampu berdoa agar suatu hari Zack akan kembali kesisinya.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, Sudah hampir enam bulan Zack meninggalkan Lara tanpa Khabar berita, dengan alasan pergi ke Kota London atas sebab kerja. Penantiannya bagai sia sia, menanti org di sayang tak kunjung tiba bagai menanti buah yang tak gugur, tiada satupun sms atau panggilan telefon pun dari Zack selama enam bulan ini.

Ditempat kerja, Lara seperti tidak bersemangat lagi, hari-hari yang dilalui bagaikan tiada erti. Lara bukan lagi gadis ceria, Lara bukan lagi gadis periang.

“Kenapa ni?”aida kawan baik satu pejabatnya menegur.

“Kot yer pun janganlah kau jadikan diri kau macam ni.. taknak makan, murung, buat kerja pun tak ada semangat.”

“Mana pergi kawan aku yang dulu ceria ni ha?” sambil melabuhkan punggungnya ke sisi Lara.

“Ntah lah Aida, aku tak tahu kenapa abg Zack buat aku macamni, dah enam bulan dia pergi. Satu Sms pun aku tak terima apatah lagi call

“Alah.. relaks lah.. tak payah fikir benda ni semua ermm..buat pening kepala je.. kau yang sakit nanti.. lagipun lelaki ramai dalam dunia ni.. tu lah engkau percaya sangat dengan Zack tu, sampai dia tipu kau pun kau tak sedar.. hey kawan ini KL lah…mana ada lelaki yang jujur?”.

aida berasal dari perak, tetapi dia sudah menetap di Kuala Lumpur lebih kurang dua tahun awal dari Lara, dia berambut agak pendek paras bahu, berkulit sawo matang, manis orangnya, mudah berkawan tapi tidak mudah jatuh cinta seperti Lara, sudah empat tahun dia menetap di Kuala Lumpur, dia tidak mudah mempercayai lelaki yang baginya semua lelaki di Kuala Lumpur sama saja , Buaya darat!.

Hari berganti hari akhirnya Lara terpaksa akur jua dengan takdir tuhan cintanya telah dikhianati oleh lelaki yang dia cintai selama ini. Zack tergamak menodai cinta suci yang diberi oleh Lara.

Aida terus memberi semangat kepada Lara agar dapat melupakan Zack dan membuka lembaran Diari yang baru, dia tidak mahu kehilangan kawan yang selama ini ceria dengan gelak tawa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...