Follow Duta_Lara on Twitter

Pesanan Dari beta

Pesanan dari Sang Puteri : Selami ceritanya "Rintihan Kasih Terlara ", fahami isi kandungannya.. kalau dalamnya tidak terkandung apa apa itu bukan salahku.. salahmu sendiri yang tak boleh menyatukan khayalmu dengan khayalku.. Jalan cerita dan semua lirik serta lagu yang ada dalam dunia ini tidak ada yg buruk ..yang buruk adalah perasaanmu yang selalu menghakimi tanpa memberi contoh... Tak salah aku menyumbangkan karya seni ku pada dunia... Aku masih mahu menyumbangkan lagu lagu dan roh roh yang ada dalam lagu serta menceritakan cerita cerita cinta yang diperankan oleh watak watak seni dalaman..kerna itu adalah tugasku sebagai org seni.. dan tugasmu hanya memuji dan mencela.. maka lakukanlahh...

Dunia menjadi indah kerana lahirnya aku dan juga org seperti kau.. Semuanya sudah diberikan watak dan peranan masing masing ..Kita hanya menunggu sang pencipta menghentikan babak babak ini...

Jalan cerita ini tiada kaitan dengan saya, Mahupun anda yang masih hidup atau pun yang telah meninggalkan dunia.. tetapi mungkin serba sedikit tu adalah kot tersangkut paut.. namun begitu jalan cerita ini di garap semula oleh saya hanya untuk menyedapkan lagi jalan cerita... ada yg di olah dan diubah semula oleh saya mengikut kesesuaian dan susunan kata kata..Kalau ada yang sama mungkin itu adalah kebetulan.. ada ke yang sama? heheh.. saya murid baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. saya bukan penulis terhebat dan saya tak ingin pun menjadi terkenal.. saya cuma ingin berkongsi bakat penulisan yang saya ada.. dah baca harap komen la sikit.!~ Setiap hari saya akan pantau viewers saya, tapi tu la sehari demi sehari bertambah.. tapi semua baca je .. jd pembaca dlm senyap ...hehe komen la sikit.. at least saya boleh tersenyum bila baca komen kamu tu (^_^)...


Sinopsis..

S inopsis…..

Ianya mengisah kan tentang tragis nyer sebuah kehidupan seorang anak gadis yatim dan pergolakan dalam percintaannya dimana cintanya yang tulus telah dikhianati, di nodai, di tipu, kejamnya dunia terhadap dia. Cinta dan Kehidupannya seolah olah diperkotak katikkan oleh takdir.. Cinta yg banyak menimbulkan kontroversi, melibatkan dua buah negara iaitu Singapura dan Malaysia. Lara merupakan anak kedua dari tujuh orang adik beradik. Lara mengalami tekanan jiwa & perasaan. Semenjak kematian arwah ayahandanya, Hari hari yang di laluinya terasa gelap, dia merasakan bahawa dia sudah tiada tempat untuk bergantung lagi, dia menderita dan merana namun hatinya begitu tabah menerima Allah tetap yang utama padanya, ibunya, adik adiknya pendorong kekuatannya agar terus hidup dan bertapak demi amanat arwah ayahandanya yang di pegang selama hayatnya.

Walau berulang kali hatinya disakiti dia tetap menerima lelaki yg pernah menyakiti hatinya itu utk kedua dan ketiga kalinya.. dia seorang yang sangat penyabar dan sangat pemaaf, hatinya begitu lembut sehinggakan sering kali di khianati, dia hanya mampu menitiskan air mata, akhirnya dia temui jalan penyudah, dengan menerima kenyataan bahawa dunia hanya sementara dan dia harus sedar sepatutnya dia menikmati alam dunia ini dengan cara yang paling indah.. dia menolak semua cinta yang lepas dan memulakan detik perjalanan yang baru bersama lelaki yang kini memberi sinar kehidupan yang baru bersamanya.. pada lelaki itulah dia berharap dan lelaki itu lah tempat dia mengadu nasib. Namun.... dia masih fobia dengan yg namanya cinta, adakah bahagia masih ada dihujung penantian yang sudah hampir sampai ke garisan penamat riwayat nya..

Lara mendekatkan dirinya pada tuhan, dengan berdoa dan bersujud pada-NYA dia merasa lebih tenang. coretan kehidupannya di tulis pada sebuah buku, dia menanam impian untuk menerbitkan buku itu dan dijadikan sebagai sebuah buku novel. Pada buku itulah dia meluahkan segala isi hati yg terpendam. Setelah lama memendam rasa, Lara jatuh sakit kerana terlalu banyak menangis dan menahan derita dalaman, Dia redha andai dia ditakdirkan harus pergi.....tetapi adakah dia terus hidup ..atau dia putus asa dengan takdirnya?? Bagaimana dengan Lara? Berjayakah Lara mengharungi hidupnya? bagaimana pula dengan novel hasil tulisannya? berjayakah hasil karyanya di pasarkan? ikuti episod seterusnya dalam RINTIHAN KASIH TERLARA.

Panglima Tersohor

Panglima Tersohor

Rakyat Jelata

Rakyat jelata yg ada dlm Negeri Jajahan Beta

Tuesday, November 30, 2010

Cinta itu INDAH bila semuanya kerana ALLAH S.W.T



Pada kawan2 yg di kasihi,
Pada Buah hati saya,Apa yang saya ada hari ni....
saya ingin kongsikan bersama anda..saya belajar melalui kesilapan dan pengalaman yg lepas..Tak rugi baca luangkan sedikit masa utk baca artikel ni..

CINTA.. atau saya lebih gemar memanggilnya Chenta.. hehe ..

Pilihlah org yg sayangkan kita kerana Allah dan kita juga sayang dia kerana Allah..
hurm.. Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?"

Yang paling tahu hanya Allah...
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah
andai kata dia pernah melakukan kesilapan di masa silamnya..
maafkan lah dia.. dan terima la apa adanya si dia sekarang.
sama sama menuju jalan bahagia yg diredhai Allah..

Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.

INGAT!!
nak ambil sesuatu tindakan, kena fikir betul-betul sama ada tindakan kita tu betul atau tidak..

Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan
dikahwinkan dengannya.."

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

jadi, di sini kena faham, jatuh
cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain..atau perempuan lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.

Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegang dan mengawalnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah

pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan ,terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kita sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kita tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kita(perempuan) ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kita sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kita sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kita

Alangkah bertuahnya kalau kita boleh mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..
ibu bapa kita dah didik kita dari belum lahir untuk mencintai Allah..
jadi amalkan lah..

lagi satu nasihat dari saya.. utk kaum wanita..

kdg kdg ..
bukan sebab Dia tak mahu.bukan sebab Dia (ALLAH) tak nak tunaikan. jauh sekali Dia (ALLAH) tak sayang. tapi Dia (ALLAH) tahu, apa yang kita minta itu bukan semestinya membahagiakan.

So..
jangan bersedih kalau apa yang kita nak kita tak dapat.jangan buruk sangka kalau apa yang kita minta semua tak jadi.sebab Dia tahu,akan datang masa terbaik untuk Dia makbulkan doa kita tu.

ALLAH kata tunggu. Sebab Dia nak bagi yg lebih baik.yang lebih baik itu selalunya lambat sampai. dan yg lambat itu selalunya terbaik. dan kalau kita tunggu sehingga sampai masa yg telah ditentukan, kita akan lebih menghargai. sebab itu ALLAH kata jangan gopoh. kadang2, ALLAH tak bagi apa yg kita minta.. Biarpun kita mi...nta sepenuh hati. Biarpun kita minta macam esok tiada lagi. Menangis menangis minta itu ini..

ALLAH kata sabar. Bukan sebab Dia sengaja main-mainkan kita. Tapi... Sebab Dia nak kita tahu, sabar itu besar ganjarannya....Jadi kawan-kawan didiklah hati pujuklah hati supaya celik melihat
kasih sayang ALLAH.

Saya juga skrg sedang mengajar hati saya..
setiap kali saya mengingati kekasih saya.. setiap kali itu juga saya akan mengingati ALLAH..
setiap kali rindu itu dtg.. setiap kali itu juga rindu saya bertambah2 kepada Allah..
Insyaallah.. doakan yg terbaik utk saya ye...saya pun bukan la baik sgt.. tapi sekadar ingat mengingati sesama insan..
tak salah berkongsi ilmu.. tak salah berkongsi pendapat.. sharing is caring.. :-)
berubah sebelum terlambat..

inilah tanda kasih sayang saya kepada semua rakan2 FB saya..
insyaallah.. kita amalkan bersama.. semoga kita semua diberkati dan berada dlm lindungan Allah.

"Peliharalah diri hiasi peribadi"

YANG BENAR IKHLAS


Cik Duta Lara
(si doctor c.h.e.n.t.a)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...