Follow Duta_Lara on Twitter

Pesanan Dari beta

Pesanan dari Sang Puteri : Selami ceritanya "Rintihan Kasih Terlara ", fahami isi kandungannya.. kalau dalamnya tidak terkandung apa apa itu bukan salahku.. salahmu sendiri yang tak boleh menyatukan khayalmu dengan khayalku.. Jalan cerita dan semua lirik serta lagu yang ada dalam dunia ini tidak ada yg buruk ..yang buruk adalah perasaanmu yang selalu menghakimi tanpa memberi contoh... Tak salah aku menyumbangkan karya seni ku pada dunia... Aku masih mahu menyumbangkan lagu lagu dan roh roh yang ada dalam lagu serta menceritakan cerita cerita cinta yang diperankan oleh watak watak seni dalaman..kerna itu adalah tugasku sebagai org seni.. dan tugasmu hanya memuji dan mencela.. maka lakukanlahh...

Dunia menjadi indah kerana lahirnya aku dan juga org seperti kau.. Semuanya sudah diberikan watak dan peranan masing masing ..Kita hanya menunggu sang pencipta menghentikan babak babak ini...

Jalan cerita ini tiada kaitan dengan saya, Mahupun anda yang masih hidup atau pun yang telah meninggalkan dunia.. tetapi mungkin serba sedikit tu adalah kot tersangkut paut.. namun begitu jalan cerita ini di garap semula oleh saya hanya untuk menyedapkan lagi jalan cerita... ada yg di olah dan diubah semula oleh saya mengikut kesesuaian dan susunan kata kata..Kalau ada yang sama mungkin itu adalah kebetulan.. ada ke yang sama? heheh.. saya murid baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. saya bukan penulis terhebat dan saya tak ingin pun menjadi terkenal.. saya cuma ingin berkongsi bakat penulisan yang saya ada.. dah baca harap komen la sikit.!~ Setiap hari saya akan pantau viewers saya, tapi tu la sehari demi sehari bertambah.. tapi semua baca je .. jd pembaca dlm senyap ...hehe komen la sikit.. at least saya boleh tersenyum bila baca komen kamu tu (^_^)...


Sinopsis..

S inopsis…..

Ianya mengisah kan tentang tragis nyer sebuah kehidupan seorang anak gadis yatim dan pergolakan dalam percintaannya dimana cintanya yang tulus telah dikhianati, di nodai, di tipu, kejamnya dunia terhadap dia. Cinta dan Kehidupannya seolah olah diperkotak katikkan oleh takdir.. Cinta yg banyak menimbulkan kontroversi, melibatkan dua buah negara iaitu Singapura dan Malaysia. Lara merupakan anak kedua dari tujuh orang adik beradik. Lara mengalami tekanan jiwa & perasaan. Semenjak kematian arwah ayahandanya, Hari hari yang di laluinya terasa gelap, dia merasakan bahawa dia sudah tiada tempat untuk bergantung lagi, dia menderita dan merana namun hatinya begitu tabah menerima Allah tetap yang utama padanya, ibunya, adik adiknya pendorong kekuatannya agar terus hidup dan bertapak demi amanat arwah ayahandanya yang di pegang selama hayatnya.

Walau berulang kali hatinya disakiti dia tetap menerima lelaki yg pernah menyakiti hatinya itu utk kedua dan ketiga kalinya.. dia seorang yang sangat penyabar dan sangat pemaaf, hatinya begitu lembut sehinggakan sering kali di khianati, dia hanya mampu menitiskan air mata, akhirnya dia temui jalan penyudah, dengan menerima kenyataan bahawa dunia hanya sementara dan dia harus sedar sepatutnya dia menikmati alam dunia ini dengan cara yang paling indah.. dia menolak semua cinta yang lepas dan memulakan detik perjalanan yang baru bersama lelaki yang kini memberi sinar kehidupan yang baru bersamanya.. pada lelaki itulah dia berharap dan lelaki itu lah tempat dia mengadu nasib. Namun.... dia masih fobia dengan yg namanya cinta, adakah bahagia masih ada dihujung penantian yang sudah hampir sampai ke garisan penamat riwayat nya..

Lara mendekatkan dirinya pada tuhan, dengan berdoa dan bersujud pada-NYA dia merasa lebih tenang. coretan kehidupannya di tulis pada sebuah buku, dia menanam impian untuk menerbitkan buku itu dan dijadikan sebagai sebuah buku novel. Pada buku itulah dia meluahkan segala isi hati yg terpendam. Setelah lama memendam rasa, Lara jatuh sakit kerana terlalu banyak menangis dan menahan derita dalaman, Dia redha andai dia ditakdirkan harus pergi.....tetapi adakah dia terus hidup ..atau dia putus asa dengan takdirnya?? Bagaimana dengan Lara? Berjayakah Lara mengharungi hidupnya? bagaimana pula dengan novel hasil tulisannya? berjayakah hasil karyanya di pasarkan? ikuti episod seterusnya dalam RINTIHAN KASIH TERLARA.

Panglima Tersohor

Panglima Tersohor

Rakyat Jelata

Rakyat jelata yg ada dlm Negeri Jajahan Beta

Wednesday, December 22, 2010

Nyanyian akhir dariku utk semua

Berhentilah menangisi aku..
bila hidupku.. hanya sampai hari ini..
dan jangan lah salahkan semua
kau tak bisa melawannya kehendakNYA

Maafkanlah bila aku..
harus pergi meninggalkanmu selamanya..
tanpa sempat untuk berbagi..
dan bila ada satu ruang dalam hidupmu untukku..
biarkanlah ku hidup selalu....

dihatimu....
peluk aku rasakan cinta..
selamat tinggal kekasihku...


Puisi Selamat Pagi Cinta

Ke kiri ku buntu ke hutan ku hilang ke timur ku kosong

ak trus bosan dan tertekan seperti waktu yang terus saja meninggalkn ak, dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai

warnaku rindu jiwaku biru

menunggu cintaku umpama si buta yang melihat syurga umpama lampu yang berbunyi hitam lalu menunggu ak trus kini mlm tiba lg kerana tinggalkan cahaya matahari dibebankan dgn bunyi rintisan hujan

Kata Azimat Dariku..

aku selalu terfikir tentang..keindahan dalam sebuah syair yang indahnya seperti berada didalam sebuah alam fantasi yang penuh dengan imaginasi

Aku mendengarkan teriakan mengatakan bahawa telingamu yg rindu akan alunan suara merdu..

aku selalu terfikir utk mengetuk hatimu dengan penuh penghayatan..

aku selalu terfikir untuk berusaha membuat kau meratap, sendu, pilu,menangis tersedu, terbahak dan tergoncang..

tetapi..

Hari ini aku tak mahu lagi berfikir..

aku ingin membiarkan suaraku,

perasaanku dan imaginasiku bermain sesukanya..

bolehkan kalau hari ini aku tak peduli dengan apa yang kau mahu??

bagaimana kalau kali ini kau pula yg mengikuti permainanku?

permainan ni tak memerlukan dadu atau kad,

cukup kau pakai intuisi dan kepekaan mata hati dan telinga utk mendengarkan melodiku..

aku yakin kita boleh bersama menikmatinya tanpa memikirkan keinginan masing masing.. Maka fahamilah hati ini mengapa ia meronta ronta mengharap cinta. Kerana cinta dia ternoda. Kerana luhurnya dia terpedaya, Kerana jujurnya dia sering ditipu oleh syaitan bertopengkan manusia.

MASIH WUJUDKAN CINTA DI HATINYA?

Masih Adakah kebahagiaan untuk hari esok.

nantikan kisah selanjutnya dalam "RINTIHAN KASIH TERLARA"

Thursday, December 2, 2010

Azimat Cinta

Cahaya cinta menyinar
Berkilauanlah selautan kasih
Bercahaya
Bagaikan butiran permata
Seolah-olah terapung
Dipermukaannya

Daku menjejaki pantai rindu
Mengutip kasih yang terdampai
Kau merantaikannya satu demi satu
Dengan kasih sayang mu
Kini menjadi kalungan azimat cinta

Walau tidak dibasahi hujan
Namun tempiasnya menyegarkan
Biarpun rembulan tidak di ribaan
Namun cahayanya cukup menerangi bayangan

Harumlah cinta duniawi
Sewangi kasturi syurgawi
Semoga bahagia jadi milik kita
Nan abadi selama-lamanya

Daku menjejaki pantai rindu
Menyaksikan rintihan berlalu
Ombak resah yang menghempas diri
Hanyutkanlah kedukaan
Bawalah jauh daripada bayangan

Andai sinar mentari
Terlindung di balik redupan awanan
Yang berlabuh
Singkaplah tirai kasihmu
Agar bisa ia menyinarkan cahayanya
Untuk kita berdua

Wednesday, December 1, 2010

Soseh Soseh di petang hari

D:Debaran cinta
U:Untuk selamanya
T:Tetap disini
A:Aku cinta padamu

L:Lagu rindu
A:Azimat cinta
R:Rasa antara kita
A:Ada masa mata

Berhibur berhibur jugak.. Seni Suara jadikan minat dan hobi.... Tapi yang SATU tetap di ingat..
walau apa jua kita lakukan kt dunia ni.. jgn kita lupa pada Tuhan yang Satu.. ALLAH S.W.T

keikhlasan juga penting dalam melakukan segala hal kt dunia ni..kalau kita ikhlas, niat baik.. insyaallah adaler rezeki kita di mana mana..

ada terbaca satu hadis ni "Takkan putus rezeki seseorang itu selagi dia tidak berhenti mendoakan rezeki dan yang baik baik utk kedua ibu bapanya"

begitulah ye.. kita dalam kehidupan seharian.. harus perlu ingatkan diri.. supaya selalu bermuhasabah.. jgn terlonjat sana terlonjat sini.. mabok sana mabok sini.. ko tak ingat ape pun ha.. tu da salah ok..

yang penting niat... (^_^) renung2kan dan selamat beramal ... hikS ;p


Tuesday, November 30, 2010

Celoteh Cik DL utk 1 December 2010


Ok la.. sempena Bulan December tanggal 1 hari bulan ni kan..

Ni Cik DL nak kasi tau kang Hang pa Semua.. chewahh.. speking penang lak.. anak mami.. ni. tapi i bukan anak mami.. i anak mak.. hahaha.. ;p

Actually korang bukan saje boleh tgk cik dl kt sini .. tapi korang gak bleh tgk Cik DL dkt You Tube.. type je Duta Lara, Tikafilamen, atau Citra MPJBT ha.. nanti ade le video video cik DL nyanyi kt situ..

Ops... haha.. terbocor sudah.. okla nak kasi tau kt sini gak. sebenOrnye CIk DL ni insan biasa je mcm korang gak.. takde la pandai nyanyi sgt.. takde ler fofuler mcm Dato Siti tu kan.. tapi dia mmg idola i dari kecik.. bior ler org nak kate ape pasal die.. yg penting Cik DL suka tgk Cara dia kerja keras.. dan dia berjaya pun da skrg ni.. very the tabik.. kan.. ha... :p

ampun ye kak ct.. ni bukan mengumpat atau mengipas.. tapi kenyataan.. i puji... u punya kerja keras.. Love u lah..~

Eh eh ilang pulak cite pasal nyanyi td.. ok la .. ni nak kasi tau sebenarnye Cik DL ni penyanyi.. haha segan pulak nak ckp yg diri ini penyanyi.. haha.. ;) mcm kelakar gitu..
pada uolls yg da tau tak yah ler baca.. haha yg tatau ni je i nak kasi tau..

Cik DL skrg merupakan resident artis utk MPJBT (Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah)
ha da 8 tahun pun berkhidmat sebagai penyanyi dorang...

ok la di bawah ni serba sedikit tentang cik DL yer.. korang baca la sndiri ea.. ;p Layan...~~

PENGALAMAN DLM MUZIK:
-Currently Residen artis for MPJBT,
-Also Currently with MISTAKEN IDENTITY Band,
-The rest before this pernah menjadi Penyanyi orchestra keroncong MPPG, Pernah Menyanyi dengan Band Tiga event (tv3), ex - Sinaran Pasport Kegemilangan Tahun 1999/2000, Ex- Bintang RTM, Ex- Bintang HMI, Ex -Cari cari Bintang RTM, Ex -ideologi KRU, Ex- tv3 Staff,

-Pernah jugak nyanyi dkt club2 , restoran, cafe, hotel2 area JB.,
cthnye macam : Sofitel Hotel (senai), Celebrities, Diva Seri alam, Diva Taman Suria, Banafe Village, Pulo Club- Taman austin perdana, Seget, M'Suite, Blue Starz, Deluxe, Amazing Wizard, Danga cruise, Pulai Spring Resort, Danga Bay Beach Club, ha..mcm mcm lagi la tak ingat da..

- Dulu Pernah la nak buat album tapi tak jadi.. ada la ceritanya sikitkan.. nak tau.. ha anta email.. hehe.. kita bual lagi lebeh2 ok.

- Tapi Skrg ni DL suka jadi replacement Singer so tak terikat.. :-)
- Sometimes jadi the judges for karaoke contest kt mana mana la.. yg sudi panggil hehe..
- and the newest get involve with teater Pesona Seni kuala Lumpur hari tu jadi guest singer dalam that teater.. rasa terharu sbb di beri kepercayaan dan peluang utk bersama2 dgn mereka.. teruja i.. ha..

Ha da baca?? sebenOrnye Ramai yg duk Tanya Ngapew Tak Masuk AF ke.. MEntOr ke? Dulu penah Udah Masuk.. ha.. penat nunggu.. datang kul 9 pagi.. 9 malam baru dapat masuk.. takpe ler.. cik DL nyanyi dgn band yg skrg ni pun da ok.. terhibur gak ati cik DL ni kan.. hehe..
boleh ler lagi nak tanggung mak ngan adik adik tu.. buat pengetahuan uolls.. arwah ayah Cik DL
Haji Supery telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas 18 May 2009, Alfatihah utk arwah ayah.. =(

Ok la.. dulu.. penat da bobal.... nanti sambung lagik erk..




Celoteh Cik DL Meletops di Radio Online Ctfm, Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza



Temui Saya pada setiap hari Isnin, Jam 9.30 Malam di Radio Online CTFM -
Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza untuk Segmen "CELOTEH CIK DL"

Ha .. tu dia.. Cik DL ni bukan apa, kadang kadang tengok juga uols uols yang ada masalah study, masalah gelpren boipren ni, masalah keluarga, masalah jalan raya, masalah politik, masalah artis kekwat dan macam macam..

so CIK DL nih nak juga cuba tolong uolss seberapa boleh lah ye... senang jek, korang tulis citer sedih atau gembira uolss di form yang admin ctfm kita siapkan dlm atau uolls.. boleh email je ke

ok..CIK DL alu alukan uolss untuk citer masalah happy ke, sedih ke, geram ke kat cik DL... kalau ada masalah yang lebih berat pon okay jek anta je email ok, CIK DL akan cuba tolong uolss, tapi tk janji yang semua perkara tuh semua dapat selesaikan yee... pepandai uolss lah berdrama wayang.. hehe.

Nanti insya allah kalau CIK DL on air, dan dapat jumpa apa jalan penyelesaiannya CIK DL share lah ngan uolsss.. okaey?
Jangan Lupa.. :-)

Cik DL nak Promote


Assalamualaikum semua.. Apa Kabar ..

Saje je Cik DL ni Testing2 tak tahu nak tulis ape memalam gini.. kan.. ha..
sebenarnye Cik DL tak bleh nak tido malam ni.. x tahu ngapew...
takpelah..

Ni Cik DL nak Promote.. diri Cik DL ni..
Nantikan & Dengarkan Cik DL Berceloteh dalam segment "CELOTEH CIK DUTA LARA"
pada setiap Hari Isnin Jam 9.30 Malam sehingga 12.15 minit pagi.. Hanya di Radio Online CTFM, bagi anda yang baru sahaja nak dengar2 suara Cik DL ni ha.. boleh lah layari laman web ini yer.. < www.radioctfm.com > sbb ade yg tanya Cik DL ni.. mcmne nak tune??.. ape frekuensi??..

Hahah Sorry ye uolls.. sebenarnye takde frekuensi.. anda hanya boleh layari laman web www.radioctfm.com ni sahaja utk mendengarkannya..

So Jangan Lupa temujanji kita di sana.. disana.. yer.. chewah..

Cinta itu INDAH bila semuanya kerana ALLAH S.W.T



Pada kawan2 yg di kasihi,
Pada Buah hati saya,Apa yang saya ada hari ni....
saya ingin kongsikan bersama anda..saya belajar melalui kesilapan dan pengalaman yg lepas..Tak rugi baca luangkan sedikit masa utk baca artikel ni..

CINTA.. atau saya lebih gemar memanggilnya Chenta.. hehe ..

Pilihlah org yg sayangkan kita kerana Allah dan kita juga sayang dia kerana Allah..
hurm.. Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?"

Yang paling tahu hanya Allah...
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah
andai kata dia pernah melakukan kesilapan di masa silamnya..
maafkan lah dia.. dan terima la apa adanya si dia sekarang.
sama sama menuju jalan bahagia yg diredhai Allah..

Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.

INGAT!!
nak ambil sesuatu tindakan, kena fikir betul-betul sama ada tindakan kita tu betul atau tidak..

Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan
dikahwinkan dengannya.."

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

jadi, di sini kena faham, jatuh
cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain..atau perempuan lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.

Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegang dan mengawalnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah

pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan ,terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kita sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kita tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kita(perempuan) ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kita sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kita sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kita

Alangkah bertuahnya kalau kita boleh mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..
ibu bapa kita dah didik kita dari belum lahir untuk mencintai Allah..
jadi amalkan lah..

lagi satu nasihat dari saya.. utk kaum wanita..

kdg kdg ..
bukan sebab Dia tak mahu.bukan sebab Dia (ALLAH) tak nak tunaikan. jauh sekali Dia (ALLAH) tak sayang. tapi Dia (ALLAH) tahu, apa yang kita minta itu bukan semestinya membahagiakan.

So..
jangan bersedih kalau apa yang kita nak kita tak dapat.jangan buruk sangka kalau apa yang kita minta semua tak jadi.sebab Dia tahu,akan datang masa terbaik untuk Dia makbulkan doa kita tu.

ALLAH kata tunggu. Sebab Dia nak bagi yg lebih baik.yang lebih baik itu selalunya lambat sampai. dan yg lambat itu selalunya terbaik. dan kalau kita tunggu sehingga sampai masa yg telah ditentukan, kita akan lebih menghargai. sebab itu ALLAH kata jangan gopoh. kadang2, ALLAH tak bagi apa yg kita minta.. Biarpun kita mi...nta sepenuh hati. Biarpun kita minta macam esok tiada lagi. Menangis menangis minta itu ini..

ALLAH kata sabar. Bukan sebab Dia sengaja main-mainkan kita. Tapi... Sebab Dia nak kita tahu, sabar itu besar ganjarannya....Jadi kawan-kawan didiklah hati pujuklah hati supaya celik melihat
kasih sayang ALLAH.

Saya juga skrg sedang mengajar hati saya..
setiap kali saya mengingati kekasih saya.. setiap kali itu juga saya akan mengingati ALLAH..
setiap kali rindu itu dtg.. setiap kali itu juga rindu saya bertambah2 kepada Allah..
Insyaallah.. doakan yg terbaik utk saya ye...saya pun bukan la baik sgt.. tapi sekadar ingat mengingati sesama insan..
tak salah berkongsi ilmu.. tak salah berkongsi pendapat.. sharing is caring.. :-)
berubah sebelum terlambat..

inilah tanda kasih sayang saya kepada semua rakan2 FB saya..
insyaallah.. kita amalkan bersama.. semoga kita semua diberkati dan berada dlm lindungan Allah.

"Peliharalah diri hiasi peribadi"

YANG BENAR IKHLAS


Cik Duta Lara
(si doctor c.h.e.n.t.a)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...