Follow Duta_Lara on Twitter

Pesanan Dari beta

Pesanan dari Sang Puteri : Selami ceritanya "Rintihan Kasih Terlara ", fahami isi kandungannya.. kalau dalamnya tidak terkandung apa apa itu bukan salahku.. salahmu sendiri yang tak boleh menyatukan khayalmu dengan khayalku.. Jalan cerita dan semua lirik serta lagu yang ada dalam dunia ini tidak ada yg buruk ..yang buruk adalah perasaanmu yang selalu menghakimi tanpa memberi contoh... Tak salah aku menyumbangkan karya seni ku pada dunia... Aku masih mahu menyumbangkan lagu lagu dan roh roh yang ada dalam lagu serta menceritakan cerita cerita cinta yang diperankan oleh watak watak seni dalaman..kerna itu adalah tugasku sebagai org seni.. dan tugasmu hanya memuji dan mencela.. maka lakukanlahh...

Dunia menjadi indah kerana lahirnya aku dan juga org seperti kau.. Semuanya sudah diberikan watak dan peranan masing masing ..Kita hanya menunggu sang pencipta menghentikan babak babak ini...

Jalan cerita ini tiada kaitan dengan saya, Mahupun anda yang masih hidup atau pun yang telah meninggalkan dunia.. tetapi mungkin serba sedikit tu adalah kot tersangkut paut.. namun begitu jalan cerita ini di garap semula oleh saya hanya untuk menyedapkan lagi jalan cerita... ada yg di olah dan diubah semula oleh saya mengikut kesesuaian dan susunan kata kata..Kalau ada yang sama mungkin itu adalah kebetulan.. ada ke yang sama? heheh.. saya murid baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. saya bukan penulis terhebat dan saya tak ingin pun menjadi terkenal.. saya cuma ingin berkongsi bakat penulisan yang saya ada.. dah baca harap komen la sikit.!~ Setiap hari saya akan pantau viewers saya, tapi tu la sehari demi sehari bertambah.. tapi semua baca je .. jd pembaca dlm senyap ...hehe komen la sikit.. at least saya boleh tersenyum bila baca komen kamu tu (^_^)...


Sinopsis..

S inopsis…..

Ianya mengisah kan tentang tragis nyer sebuah kehidupan seorang anak gadis yatim dan pergolakan dalam percintaannya dimana cintanya yang tulus telah dikhianati, di nodai, di tipu, kejamnya dunia terhadap dia. Cinta dan Kehidupannya seolah olah diperkotak katikkan oleh takdir.. Cinta yg banyak menimbulkan kontroversi, melibatkan dua buah negara iaitu Singapura dan Malaysia. Lara merupakan anak kedua dari tujuh orang adik beradik. Lara mengalami tekanan jiwa & perasaan. Semenjak kematian arwah ayahandanya, Hari hari yang di laluinya terasa gelap, dia merasakan bahawa dia sudah tiada tempat untuk bergantung lagi, dia menderita dan merana namun hatinya begitu tabah menerima Allah tetap yang utama padanya, ibunya, adik adiknya pendorong kekuatannya agar terus hidup dan bertapak demi amanat arwah ayahandanya yang di pegang selama hayatnya.

Walau berulang kali hatinya disakiti dia tetap menerima lelaki yg pernah menyakiti hatinya itu utk kedua dan ketiga kalinya.. dia seorang yang sangat penyabar dan sangat pemaaf, hatinya begitu lembut sehinggakan sering kali di khianati, dia hanya mampu menitiskan air mata, akhirnya dia temui jalan penyudah, dengan menerima kenyataan bahawa dunia hanya sementara dan dia harus sedar sepatutnya dia menikmati alam dunia ini dengan cara yang paling indah.. dia menolak semua cinta yang lepas dan memulakan detik perjalanan yang baru bersama lelaki yang kini memberi sinar kehidupan yang baru bersamanya.. pada lelaki itulah dia berharap dan lelaki itu lah tempat dia mengadu nasib. Namun.... dia masih fobia dengan yg namanya cinta, adakah bahagia masih ada dihujung penantian yang sudah hampir sampai ke garisan penamat riwayat nya..

Lara mendekatkan dirinya pada tuhan, dengan berdoa dan bersujud pada-NYA dia merasa lebih tenang. coretan kehidupannya di tulis pada sebuah buku, dia menanam impian untuk menerbitkan buku itu dan dijadikan sebagai sebuah buku novel. Pada buku itulah dia meluahkan segala isi hati yg terpendam. Setelah lama memendam rasa, Lara jatuh sakit kerana terlalu banyak menangis dan menahan derita dalaman, Dia redha andai dia ditakdirkan harus pergi.....tetapi adakah dia terus hidup ..atau dia putus asa dengan takdirnya?? Bagaimana dengan Lara? Berjayakah Lara mengharungi hidupnya? bagaimana pula dengan novel hasil tulisannya? berjayakah hasil karyanya di pasarkan? ikuti episod seterusnya dalam RINTIHAN KASIH TERLARA.

Panglima Tersohor

Panglima Tersohor

Rakyat Jelata

Rakyat jelata yg ada dlm Negeri Jajahan Beta

Wednesday, December 22, 2010

Nyanyian akhir dariku utk semua

Berhentilah menangisi aku..
bila hidupku.. hanya sampai hari ini..
dan jangan lah salahkan semua
kau tak bisa melawannya kehendakNYA

Maafkanlah bila aku..
harus pergi meninggalkanmu selamanya..
tanpa sempat untuk berbagi..
dan bila ada satu ruang dalam hidupmu untukku..
biarkanlah ku hidup selalu....

dihatimu....
peluk aku rasakan cinta..
selamat tinggal kekasihku...


Puisi Selamat Pagi Cinta

Ke kiri ku buntu ke hutan ku hilang ke timur ku kosong

ak trus bosan dan tertekan seperti waktu yang terus saja meninggalkn ak, dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai

warnaku rindu jiwaku biru

menunggu cintaku umpama si buta yang melihat syurga umpama lampu yang berbunyi hitam lalu menunggu ak trus kini mlm tiba lg kerana tinggalkan cahaya matahari dibebankan dgn bunyi rintisan hujan

Kata Azimat Dariku..

aku selalu terfikir tentang..keindahan dalam sebuah syair yang indahnya seperti berada didalam sebuah alam fantasi yang penuh dengan imaginasi

Aku mendengarkan teriakan mengatakan bahawa telingamu yg rindu akan alunan suara merdu..

aku selalu terfikir utk mengetuk hatimu dengan penuh penghayatan..

aku selalu terfikir untuk berusaha membuat kau meratap, sendu, pilu,menangis tersedu, terbahak dan tergoncang..

tetapi..

Hari ini aku tak mahu lagi berfikir..

aku ingin membiarkan suaraku,

perasaanku dan imaginasiku bermain sesukanya..

bolehkan kalau hari ini aku tak peduli dengan apa yang kau mahu??

bagaimana kalau kali ini kau pula yg mengikuti permainanku?

permainan ni tak memerlukan dadu atau kad,

cukup kau pakai intuisi dan kepekaan mata hati dan telinga utk mendengarkan melodiku..

aku yakin kita boleh bersama menikmatinya tanpa memikirkan keinginan masing masing.. Maka fahamilah hati ini mengapa ia meronta ronta mengharap cinta. Kerana cinta dia ternoda. Kerana luhurnya dia terpedaya, Kerana jujurnya dia sering ditipu oleh syaitan bertopengkan manusia.

MASIH WUJUDKAN CINTA DI HATINYA?

Masih Adakah kebahagiaan untuk hari esok.

nantikan kisah selanjutnya dalam "RINTIHAN KASIH TERLARA"

Thursday, December 2, 2010

Azimat Cinta

Cahaya cinta menyinar
Berkilauanlah selautan kasih
Bercahaya
Bagaikan butiran permata
Seolah-olah terapung
Dipermukaannya

Daku menjejaki pantai rindu
Mengutip kasih yang terdampai
Kau merantaikannya satu demi satu
Dengan kasih sayang mu
Kini menjadi kalungan azimat cinta

Walau tidak dibasahi hujan
Namun tempiasnya menyegarkan
Biarpun rembulan tidak di ribaan
Namun cahayanya cukup menerangi bayangan

Harumlah cinta duniawi
Sewangi kasturi syurgawi
Semoga bahagia jadi milik kita
Nan abadi selama-lamanya

Daku menjejaki pantai rindu
Menyaksikan rintihan berlalu
Ombak resah yang menghempas diri
Hanyutkanlah kedukaan
Bawalah jauh daripada bayangan

Andai sinar mentari
Terlindung di balik redupan awanan
Yang berlabuh
Singkaplah tirai kasihmu
Agar bisa ia menyinarkan cahayanya
Untuk kita berdua

Wednesday, December 1, 2010

Soseh Soseh di petang hari

D:Debaran cinta
U:Untuk selamanya
T:Tetap disini
A:Aku cinta padamu

L:Lagu rindu
A:Azimat cinta
R:Rasa antara kita
A:Ada masa mata

Berhibur berhibur jugak.. Seni Suara jadikan minat dan hobi.... Tapi yang SATU tetap di ingat..
walau apa jua kita lakukan kt dunia ni.. jgn kita lupa pada Tuhan yang Satu.. ALLAH S.W.T

keikhlasan juga penting dalam melakukan segala hal kt dunia ni..kalau kita ikhlas, niat baik.. insyaallah adaler rezeki kita di mana mana..

ada terbaca satu hadis ni "Takkan putus rezeki seseorang itu selagi dia tidak berhenti mendoakan rezeki dan yang baik baik utk kedua ibu bapanya"

begitulah ye.. kita dalam kehidupan seharian.. harus perlu ingatkan diri.. supaya selalu bermuhasabah.. jgn terlonjat sana terlonjat sini.. mabok sana mabok sini.. ko tak ingat ape pun ha.. tu da salah ok..

yang penting niat... (^_^) renung2kan dan selamat beramal ... hikS ;p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...